MENU UTAMA

23 June, 2011

Bengkel Pertama Sukan Polo Basikal Sekolah-sekolah Negeri Johor Anjuran PPD Kulaijaya

Kulaijaya- 21 Jun 2011 (Selasa), Padang SMPK Vokasional Indahpura.
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPPD) Kulaijaya, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman selaku penganjur bengkel sukan polo basikal ditemui berkata," sukan baru yang mula diperkenalkan semasa Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ) ketika itu daerah Kulaijaya menjadi tuan rumah pada tahun 2005. Sekolah yang membuat persembahan itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya. Katanya lagi," sukan ini perlu dikembangkan ke peringkat sekolah-sekolah negeri Johor." 

Tujuan utama penganjuran bengkel seperti ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar dari sekolah-sekolah negeri Johor bagi memilih sukan kegemaran mereka selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia, 1Murid 1Sukan.

Tambahnya lagi, sebanyak 8 buah sekolah di negeri Johor telah turut serta dalam Bengkel dan Latihan Polo Basikal di padang SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya sempena Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011. Harapan beliau pada satu masa nanti sukan ini digemari oleh murid-murid sekolah dan menjadi satu alternatif kepada mereka untuk bergiat dengan cergas dan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa. Oleh itu, Kejohanan Polo Basikal Peringkat Sekolah-sekolah Negeri Johor perlu diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru.

Pengerusi Teknik, Ahmad Survi berkata sukan ini baru di Malaysia. Ianya dipelopori oleh  Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PBPJ),  Muhammad Ikhmal Hisham. Persatuan tersebut telah didaftarkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) tahun 2008 dan bergiat aktif sehingga sekarang. Pasukan dari PBPJ yang mewakili Malaysia telah berjaya membawa pulang piala naib johan dalam Kejohanan Polo Basikal Peringkat Komanwel Kali Pertama, di Bhilai, India pada tahun 2009. Seramai dua orang guru dari daerah Kulaijaya ini telah mewakili pasukan tersebut.


Sekolah-sekolah yang terlibat dalam bengkel dan latihan polo tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Bandar Tenggara 2, SMK Indahpura 1, SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulaijaya, SMK Dato' Ali Haji Ahmad, Pontian, SMK Pasir Putih, Pasir Gudang, SMK Johor Jaya 2, Johor Bahru dan SM Tinggi Batu Pahat. Seramai 40 peserta dan 15 guru terlibat.

Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdul Talib Daud, Timbalan Presiden Persatuan Polo Basikal Johor (PPBJ), Azman Mohd Shah, Naib PPBJ, Abdul Hadi Abas, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Indahpura 1, Nor Azam Shuib, SMK Johor Jaya 2, Wan Bidah Wan Salleh, guru-guru penasihat, Matzalan Zaini (SMKIP), Rosidah Abdullah Sani (SDAHA), Mariam  Md Nor (SDAHA), Jodi Ahmad Mokhtar (SMKBT 2), Masrizal Naris (SMKTBP), Mohamad Hasrul Yusof (SMKPPPG), Ahmad Nazri Selamat (SMKBT) dan Eric Yeo Cheng Ann (SPPK VIP).

Papan skor pertandingan.
Perlawanan persahabatan telah diadakan. Tujuan utama ialah untuk mendedahkan kepada peserta bagaimana pertandingan polo basikal sebenarnya diadakan.

Keputusan perlawanan persahabatan
1. SMKBT Kulaijaya (2) vs SMT Batu Pahat (8)
2. SDAHA Pontian (10) vs SMKPP Pasir Gudang (0)
3. SMKJJ 2, Johor Bahru (6) vs SMPK (V) Indahpura (1)
4. SMKIP 1, Kulaijaya (1) vs SMKBT 2, Kulajaya  (3)



AKTIVITI PAMERAN

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (PPPD) Kulaijaya, En Mansor Othman dan Penyelia Sukan Kulaijaya, En Abdul Talib Daud turut mengunjungi khemah pameran sukan polo basikal.
Pegawai-pegawai pameran, Rohaiza Mohd Zain, Ahmad Nazri Selamat, Abd Razak Saat dan Zulkifli Jaafar bergambar bersama-sama Shahirah dan Amira, murid tingkatan dua.

Anda boleh layari blog sukan polo basikal sekolah kami :
http://polobasikalsmkbt.blogspot.com/

22 June, 2011

Kembara Mahkota Johor 2011

Kulaijaya-  Kunjungan Sultan Johor ke Kulaijaya


Kunjungan Duli Yang Maha Mulia (DYMM ) Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ke SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura disambut dengan paluan kompang, persembahan silat, kawad kaki, sukan goalball dan pameran daripada beberapa agensi kerajaan dan pameran pendidikan dari lima buah sekolah daerah Kulaijaya. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, SMK Kelapa Sawit, SMK Bandar Tenggara dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Muhibbah.

Pegawai Daerah Kulaijaya, Tuan Kamarudin Abdullah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Baharom Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya kerana berjaya membantu pihak pengurusan Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu) dalam menjayakan sambutan keberangkatan tiba Tuanku ke daerah Kulaijaya.


Ahmad Nazreen Ahmad Othman, sewaktu kunjungan Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Iskandar ke tapak pameran sukan polo basikal dengan penuh yakin berkata " patik dari SMK Bandar Tenggara terdiri dari 9 guru dan 12 pelajar terlibat dalam pameran dan perbengkelan sukan polo basikal dan sekolah patik adalah sekolah pertama di daerah Kulaijaya yang menubuhkan kelab polo basikal". Tambahnya setakat ini sebanyak 8 buah sekolah di negeri Johor dari daerah Kulaijaya, Pontian, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Johor Bahru akan turut serta dalam perbengkelan dan latihan tersebut.


SMK Bandar Tenggara (Sukan Polo Basikal)
SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya
SMK Bandar Putra (Toyota Eco -Youth)
SK Taman Muhibbah (Cakerawala)

SMK Kelapa Sawit (Pelancar roket)