MENU UTAMA

22 June, 2011

Kembara Mahkota Johor 2011

Kulaijaya-  Kunjungan Sultan Johor ke Kulaijaya


Kunjungan Duli Yang Maha Mulia (DYMM ) Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar ke SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura disambut dengan paluan kompang, persembahan silat, kawad kaki, sukan goalball dan pameran daripada beberapa agensi kerajaan dan pameran pendidikan dari lima buah sekolah daerah Kulaijaya. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putra, SMK Kelapa Sawit, SMK Bandar Tenggara dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Muhibbah.

Pegawai Daerah Kulaijaya, Tuan Kamarudin Abdullah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Baharom Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya kerana berjaya membantu pihak pengurusan Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu) dalam menjayakan sambutan keberangkatan tiba Tuanku ke daerah Kulaijaya.


Ahmad Nazreen Ahmad Othman, sewaktu kunjungan Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Iskandar ke tapak pameran sukan polo basikal dengan penuh yakin berkata " patik dari SMK Bandar Tenggara terdiri dari 9 guru dan 12 pelajar terlibat dalam pameran dan perbengkelan sukan polo basikal dan sekolah patik adalah sekolah pertama di daerah Kulaijaya yang menubuhkan kelab polo basikal". Tambahnya setakat ini sebanyak 8 buah sekolah di negeri Johor dari daerah Kulaijaya, Pontian, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Johor Bahru akan turut serta dalam perbengkelan dan latihan tersebut.


SMK Bandar Tenggara (Sukan Polo Basikal)
SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya
SMK Bandar Putra (Toyota Eco -Youth)
SK Taman Muhibbah (Cakerawala)

SMK Kelapa Sawit (Pelancar roket)

No comments:

Post a Comment