MENU UTAMA

17 August, 2011

Anak-anak Yatim Islam bersama YB Datuk Halimah

Bandar Tenggara - 15 Ogos 2011 (15 Ramadhan 1432Hijrah)


Bandar Tenggara- Ahli Parlimen Tenggara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique disambut oleh anak-anak yatim Islam Bandar Tenggara di hadapan Dewan Besar Kejora. Seterusnya upacara memotong reben pada kenderaan MPV disempurnakan oleh YB Dato' Haji Baderi bin Hj Dasuki, ADUN Panti, merangkap Ketua UMNO Bandar Tenggara. Kenderaan MPV tersebut disumbangkan oleh Bank Rakyat kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Bandar Tenggara (PENYARA) untuk tujuan kebajikan mereka.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Bandar Tenggara (PENYARA), En Mohd Khalid, Tuan Imam Hj Suhadi, AJK Penyelaras Parlimen Tenggara, AJK UMNO Bahagian Tenggara, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Cawangan Bandar Tenggara.

Seramai 52 keluarga diraikan dalam majlis tersebut. Antaranya murid-murid dari SMK Bandar Tenggara menerima sumbangan berupa wang hari raya, baju sepersalinan dan makanan. Seramai 24 murid dari Kelab Katering dan Penyajian menyumbangkan khidmat masyarakat sebagai pramusaji berbuka puasa.

Majlis ditamatkan selepas sembahyang maghrib secara berjemaah di surau Kejora.



Kelab Katering dan Penyajian SMKBT
menjadi pramusaji kepada dif-dif kehormat dalam majlis berbuka puasa.
Guru penasihat : Pn Mahani binti Parmin  dan pembantunya, Pn Wan Saadah Wan Ahmad Tajudin.