MENU UTAMA

10 July, 2011

Onn Daud Suami Mahani Parmin Bersara


Onn Daud diarak ke Dewan Felda Bukit Ramun
Onn Daud telah dilahirkan pada 28 Julai 1953 di Taman Nong Chik, Johor Bahru. Beliau merupakan anak ke-6 daripada 8 orang adik beradik. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman. Setelah tamat sekolah rendah, beliau meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Dato’ Jaafar.


Perjuagan dalam menimba ilmu pengetahuan tidak terhenti di situ sahaja. Beliau meneruskan hasrat dengan melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (MPTI) pada tahun 1976. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang sukan, beliau telah memilih bidang pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan sebagai opsyen pengajian.

Pada 1977, beliau telah bertemu dengan gadis pilihan hati Pn Mahani binti Parmin. Setelah mengenali hati budi masing-masing, beliau telah memutuskan untk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan pada 07.09.1979. Mereka telah dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu Husnul Hadi, Syahida Aisyah dan Izul Hakim. Keluarga merupan pendorong kepada kejayaan beliau. Beliau juga merupakan seorang yang mencintai alam semulajadi. Bagi beliau, alam semulajadi member ketenangan setelah penat menjalankan tugas.

Setelah temat pengajian di MPTI. Pada tahun 1978, beliau telah ditempatkan di Sekolah Menengah Sultan Alauddin Felda Bukit Besar. Walau bagaimana pun, pada 1984, beliau ditukarkan ke Sekolah Menengah Bandar Tenggara. Namun begitu, sudah menjadi adat, seorang guru, sentiasa bertukar tempat mengikut keperluan sekolah. Pada tahun 2003 beliau di tempatkan pula di SK Bandar Tenggara 2 sebagai Guru Penolong Kanan Kokueikulum. Demi kepentingan semua pihak, pada Jan 2008, beliau di tempatkan pula si SK LKTP Bukit Ramun sebagai Guru Penolong Kanan 1 sehingga tarikh persaraan.

Prinsip hidup beliau ialah keikhlasan dalam menjalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa amat penting. Pada pandangan peribadi beliau, perkara yang dilakukan pada hari ini, pasti kita akan mendapat balasannya pada masa akan dating. Oleh tu, sentiasalah buat kebaikan. Harapan beliau terhadap anak didiknya, semoga sentiasa berjaya dalam apa jua yang diceburi. Sebagai bapa, kejayaan atau kebaikan yang dicapai oleh anak-anak adalah kegembiraan yang amat bernilai dalam hidup beliau.