MENU UTAMA

05 March, 2011

Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kulaijaya

4 MAc 2011 - Stadium Mini MPKu Kulaijaya.


KULAIJAYA Jumaat 4 Mac 2011- SM Foon Yew sekali lagi mencipta nama apabila menjadi johan keseluruhan dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kulaijaya Kali Ke-29 yang telah berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 2011. Walau pun pungutan pingat emas hanya 18 berbanding 21 yang diperolehi oleh SMK Tunku Abdul Rahman Putera, pungutan mata sebanyak 213.5 telah meletakkan sekolah itu pada kedudukan tangga teratas daripada 17 sekolah menengah yang menyertainya. Manakala Zon Utara menjadi johan keseluruhan sekolah rendah dengan memperolehi 17 emas, 8 perak dan 10 gangsa dengan pungutan mata 136.


Markom Giran, Pengarah Pelajaran Johor menyampaikan hadiah kemenangan kepada Muhd Khairul Asyraf (STARP) dan Ong Ching Yee (SM Foon Yew) sebagai olahragawan dan olahragawati. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak PPD Kulai dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kali ini.



Keputusan penuh dari Urusetia Kejohanan

SM FOON YEW - Johan keseluruhan sekolah menengah.

STARP - 21Emas 11Perak 12Gangsa

SMK KELAPA SAWIT - 10 Emas 10 Perak 15 Gangsa
SM Tun Hussein Onn - 17 Emas 7 Perak  3 Gangsa

SM KANGKAR PULAI - 10 Emas 6 Perak 6 Gangsa
SMK INDAHPURA - 5 Emas 10 Perak 7 Gangsa


SMK SENAI - 2 Emas 7 Perak  5 Gangsa

SM SULTAN IBRAHIM - 3 Emas 3 Perak  8 Gangsa

SMK BANDAR PUTERA - 2 Emas 5 Perak  3 Gangsa
SMK BANDAR TENGGARA 2 - 1 Emas 6 Perak  2 Gangsa
SMK TAMAN PUTERI - 2 Emas  1 Perak  4 Gangsa
SMK KULAI BESAR - 2 Emas 3 Perak 1 Gangsa
SMK BANDAR TENGGARA - 1 Emas 1 Perak  5 Gangsa
SMK KOTA KULAI - 2 Emas  1 Perak  2 Gangsa

SMK SRI PINANG - 1 Perak  4 Gangsa
SMK SULTAN ALAUDIN- 3 Gangsa
SMK MUNSHI ABDULLAH

No comments:

Post a Comment