MENU UTAMA

28 March, 2011

Kompang Formasi - SMKBT Juara Daerah Kulaijaya

26 Mac 2011 - TJ Mart Kulaijaya


Pasukan Kompang SMK Bandar Tenggara

Pasukan Kompang SMK Bandar Tenggara menjadi juara dalam pertandingan di peringkat daerah Kulaijaya sempena Karnival Kesenian dan Kebudayaan Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya.

Guru pembimbing pasukan kompang sekolah, Idris Yaman ditemui berkata kemenangan ini adalah kemenangan buat semua warga sekolah. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih pasukan kompang, Izhar dan Leha kerana memberikan segala kerjasama dalam melatih, membimbing dan seterusnya memastikan sekolah kita berjaya.
Katanya lagi, kecemerlangan ini juga dikongsi bersama apabila pasukan di bawah jagaannya, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1 muncul menjadi juara peringkat sekolah rendah pula.
Pasukan Kompang SKBT1

___________________________________________________
Keputusan pertandingan:
Kategori Sekolah Menengah
Johan : SMK Bandar Tenggara
Naib Johan : SMK Tunku Abd Rahman Putera
Ketiga: SMK Senai
______________________________________________________
Kategori Sekolah Rendah
Johan : SK Bandar Tenggara 1
Naib Johan : SK Air Manis
Ketiga: SK Senai

Sila Link 2012 Johan Daerah Kulaijaya
Sila Link 2013 Johan Daerah Kulaijaya
Sila Link 2014 Johan Daerah Kulaijaya




No comments:

Post a Comment