22 Februari 2011 - SMK Senai
Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Minggu Kesenian dan Kebudayaan Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya telah diadakan di SMK Senai. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En Elanggovan a/l Sarimuthu, Penolong PPD Unit Kokurikulum, Naib Pengerusi 2 , Tuan Haji Jais bin Sudin (Guru Besar SK Senai Utama), Setiausaha 2, En Abdul Latif bin Mohd Jali (GPK Koku SK Senai Utama), penyelaras program, En Fatouree bin Wasiman (Tel : 013-7823318) dan penolong penyelaras, Pn Arpiah binti Apandi.
Dalam ucapan Naib Pengerusi 1, Pn Wong Yee Khoon (Pengetua SMK Senai) mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memilih sekolahnya dalam mengendalikan mesyuarat ini.
Beliau juga telah mengumumkan bahawa terdapat 3 jenis pertandingan pada bulan Mac ini iaitu :-
1. Kompang Formasi pada 26 Mac 2011 di TJ Mart, Kulaijaya.
2. Tarian pada 30 Mac 2011 di Dewan Suluh Bestari , SMK Senai.
3. Teater pada 31 Mac 2011 di Dewan Suluh Bestari, SMK Senai.
SMK Bandar Tenggara menerima tugas sebagai JK Sambutan dan Protokol bersama dengan SK Cina Senai, ialah pada 26 Mac dan JK Surat Jemputan, Buku Program dan Seranta pada 26 Mac.
Dalam ucapan En Elanggovan a/l Sarimuthu, beliau mengingatkan jawatankuasa yang telah dilantik agar dapat menghubungi pihak jawatankuasa tertinggi berkaitan pertandingan. Beliau juga mengingatkan bahawa mesyuarat kedua akan diadakan pada 7 Mac 2011. Pada masa itu sekolah-sekolah yang terlibat menjadi jawatankuasa membentangkan senarai nama jawatankuasa, bidang tugas dan anggaran belanja mengurus setiap bidang.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.
No comments:
Post a Comment