MENU UTAMA

16 September, 2014

KONVOKESYEN DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI DAN KEJURULATIHAN SUKAN 2014

15 Sept 2014: Komplek Belia Antarabangsa, Cheras

Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani & KejurulatihanSukan
Informasi: Uniited States SportsAcademy
United States Aports Academy merupakan badan bebas, tanpa keuntungan, diiktiraf sebagai universiti yang dibina khas untuk memberikan sumbangan kepada negara dan dunia menerusi program latihan, penyelidikan dan perkhidmatan. Akademik ini berperanan menyediakan kerjaya dalam bidang sukan lelaki dan wanita.

Wakil Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Hj Khairil bin Hj Awang, merasmikan Majlis Konvokesyen Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan 2014 di Komplek Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai 544 peserta konvokesyen tahun ini menerima sijil diploma tersebut.

Ahmad Survi bersama isterinya Rozita Jumat
Ahmad bin Survi, Penolong Kanan Kokurikulum antaranya yang menerima sijil diploma ditemui berkata program ini adalah kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan United States Sports Academy. Peluang ini terbuka luas kepada guru-guru Pendidikan Jasmani, Pensyarah Maktab dan Institusi Pengajian Tinggi. Beliau menyarankan kepada guru-guru lain untuk menimba ilmu melalui program ini bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah selaras dengan Dasar 1Murid 1 Sukan (1M1S).
Ahmad bin Survi bersama rakan-rakan Mohd Fahmi Akmal bin Mutalib, Mohd Helmi bin Abd Majid, Shah serta Dr Tim, pensyarah USA Sports Academy selepas majlis konvokesyen
Dr Tim (lead); Mr. Chales Temple, Alabama USA; Pn Ee Hong, Unit Sukan KPM; Datuk Dr Ramlan Abd Aziz; Pesyarah-pensyarah USA Sports Academy turun dari pentas konvokesyen.