MENU UTAMA

15 August, 2014

PERKAMPUNGAN PUISI PRAUNIVERSITI 2014

15 Ogos 2014 : Tanjung Piai

Peserta kursus :Kumpulan 1 bersama
Sulaiman BinMohd Noh
Matlamat :
Melahirkan pelajar yang celik akal dan menghayati tentang kehebatan dan kehalusan Khazanah Melayu yang berharga. Si samping itu, satu kerjasama di antara pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Penulis Johor dan pentadbiran SMK Bandar Tenggara untuk mendidik generasi muda mengenai puisi Melayu.

Objektif
Antara objektif program ini ialah
1. Mengetahui tentang jenis-jenis puisi dan ciri-ciri puisi Melayu moden dan tradisional.
2. Menghasilkan karya-karya puisi sepanjang kembara danperkampungan ini berlangsung.
3. Menghasilkan persembahan dalam bentuk karya pentas berdasarkan puisi yang dicipta.
4. Menghayati dan mencintai puisi Melayu tradisi dan moden.

Kumpulan 2
Kumpulan 3

Aturcara Malam Perkampungan Puisi Prauniversiti 2014
8.00 malam    : Para peserta dan hadirin mengambil tempat.
8.10 malam    : Ketibaan tetamu kehormat.
                         Yang Berbahagia Datuk Dr. Awang Sariyan
8.15 malam    : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis.
8.20 malam    : Bacaan Doa dan marhaban
                        Hj Zolkeple Jemadar
8.30 malam    : Jamuan makan malam
9.00 malam    : Persembahan Puisi
                       a. Encik Sulaiman Bin Mohd Noor (PPJ Muar)
                       b. Kumpulan 1 (SMK Bandar Tenggara)
                       c. Tn Hj Mohd Rosli Bin Bakir (PPJ Pontian)
                       d. Kumpulan 2 (SMK Bandar Tenggara)
                       e. Tn Hj Zolkeple Jemadar (SMK Bandar Tenggara)
                       f. Kumpulan 3 (SMK Bandar Tenggara)
                       g. En Shamsol (PPJ Kota Tinggi)
                       h. Pn Rohaidah Yon (PPJ Batu Pahat)
9.45 malam     : Persembahan VIP
                       a. Dato' Amiruddin Bin Md Ali Hanafiah
                       b.Datuk Dr Awang Bin Sariyan
10.00 malam   Penyampaian cenderamata dan hadiah
                       Penyampaian Sijil
10.15 malam  : Ucapan penutup oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Awang Bin Sariyan


Dalam gambar, PK Prauniverisiti, En Mohd Pozi Bin Kemin, PK Kokurikulum, En. Ahmad Bin Survi, Tn Hj Zolkeple Bin Jemadar, penyelaras program, En Shamsol Ihtihsam Bin Musa serta peserta-peserta kursus.  Turut serta En Mohd Hasry Bin Mustakim, En Ahmad Nazri Bin Selamat En Khairul Aime Bin Tajuddin, En Aidil Shamin Bin Abd Razak, Pn. Suriati Binti Elias dan Pn Fadilah BInti Ismail


JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat :
Hj Abdul Rahim Bin Omar
Pengerusi DBP Wilayah Selatan
             
Dato' Amiruddin Bin Mohd Ali Hanafiah
Ketua 1 PPJ

Pengerusi  :
Pn Zaharah Binti Mohd Jani
Pengetua SMK Bandar Tenggara

Naib Pengerusi :
Encik Hamzah Rahman Bin Soriat
Bendahari PPJ

Setiausaha  :
Tn Hj Mohd Rosli Bin Hj Bakir

Penyelaras:
Tn Hj Zolkeple Bin Jemadar
En Roslan Bin Yatiman
En Shamsul Ihtihsham Bin Musa
En Hamzah Bin Hamdan
PnFaridah Binti Abdullah
Pn Fadilah Binti Ismail
Hjh Muzayanah Binti Sumrah
Hjh adijah Binti Sunok (PPJ)
                  :

12 August, 2014

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN - 6 JENIS PERMAINAN BERMULA PETANG RABU 13 OGOS 2014

12 Ogos 2014: Padang dan gelanggang

SMK BANDAR TENGGARA
KERNIVAL SUKAN DAN PERMAINA

Semua murid dan pelajar menamatkan pengajaran dan pembelajaran pada jam 1.30 petang. Mereka bergerak ke surau untuk menunaikan solah zohor secara berjemaah dan kemudian berehat di kantin sekolah sementara menunggu arahan guru.

Pada jam 2.10 petang, cuaca mendung dan awan hitam bergerak menutupi ruang udara sekolah dan kedengaran bunyi guruh pada jarak dekat, diikuti dengan dentuman guruh kedua dan ketiga.

2.15 petng, Ahmad Survi. Penolong Kanan Kokurikulum membuat pengumuman bahawa cuaca hari ini  tidak mengizinkan dan aktiviti kokurikulum tidak dapat dijalankan. Beliau mengarahkan semua murid/ pelajar pulang ke rumah dengan segera.

2.30 petang, hujan turun dengan lebatnya dan berakhir pada jam 4.25 petang.
------------------------------------------------------------------------
Tentatif program:-
1.30 petang   : Solat Zohor (Semua murid lelaki dan perempuan)
                      : Rehat
2.15 petang   : Berkumpul di hadapan khemah urus setia.
                       (bersebelahan bilik seminar, menghadap padang)
                      : Nyanyian Lagu Bangsa Johor
                      : Nyanyian Lagu Sekolah
                      : Bacaan Doa
                      : Taklimat Pertandingan
2.30 petang   : Pertandingan dimulakan.
                        - Petanq (gelanggang petanq)
                        - Bola Sepak (padang)
                        - Bola Baling (padang)
                        - Bola Jaring (padang)
                        - Sepak Takraw (gelanggang sebelah gym)
                        - Polo Basikal (gelanggang serbaguna)
4.30 petang  : Perlawanan berakhir.
                      (disambung pada minggu hadapan).

* PENTING
1. Pakaian:
   1.1 Uniform sekolah - Murid Tingkatan 3 (peperiksaan lisan PT3)
   1.2 Pakaian sukan lengkap - Murid/ pelajar yang tidak terlibat degan peperiksaan).

10 August, 2014

DEKLAMASI SAJAK SEMPENA PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

10 Ogos 2014: Bilik Kokurikulum

Pn Rohidah bersama anak didiknya Syazwani Bukari, 4 Baiduri
Wakil sekolah untuk deklamasi sajak

Wakil sekolah Tahun 2014
Menjalani latihan


Wakil sekolah Tahun 2013





PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2014 BERJALAN LANCAR

10 Ogos 2014 : Dewan Permata

Pengetua SMKBT, Pn Zaharah Mohd Jani
Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Anak-anak pelajar yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar.

Disamping itu, murid dan pelajar juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Puan Zaharah Mohd Jani, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara merasmikan majlis pada pagi ini dengan tepukan gemuruh daripada semua warga sekolah di Dewan Permata. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Panitia Sejarah, guru-guru, murid-murid yang menjayakan Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2014.

Majlis dikendalikan oleh Encik Asmawi Ab Rasip.

Tentatif Program:-
7.20 pagi     : Pelajar berkumpul di Dewan Permata
                    : Nyanyian Lagu Bangsa Johor danLagu Sekolah
                    : Ikrar pelajar
                    : Doa sempena Kemerdekaan.
                    : Laporan guru bertugas
                    ; Persembahan Pelajar
                    : Ucapan dan Perasmian
                      oleh Pn. Zaharah Binti Mohd Jani, pengetua sekolah.
                    : Nyanyian Lagu Patriotik.
                      - Warisan, Tekad, Jalur Gemilang
8.05 pagi     : Nyanyian Lagu Negaraku.

Mengibarkan jalur gemilang
Kad Sambutan Bulan Kemerdekaan daripada pelajar
SMK Bandar Tenggara
Kibaran bendera Malaysia
Puan Rohidah Othman, Ketua Panitia Sejarah ditemui berkata matlamat utama program ini dilaksanakan ialah untuk melahirkan dan mempertingkatkan semangat patriotisma yang tinggi dalam kalangan warga SMK Bandar Tenggara.

Manakala objektif utamanya ialah untuk menyemai semangat 1Malaysia, menanam sikap sayang dan cinta bukan sahaja kepada sekolah malahan kepada Negara, memupuk dan memperkukuhkan semangat setia akan Negara serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah serta memupuk semangat perpaduan dan kekitaan serta menghargai pengorbanan pejuang-pejuangan negara.

Barisan kepimpinan sekolah
Barisan kepimpinan sekolah
Barisan guru-guru SMK Bandar Tenggara