MENU UTAMA

23 July, 2014

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN PERINGKAT BANDAR TENGGARA 2014

24 Julai 2014 : Masjid Besar Bandar Tenggara
Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh Imam Bandar Tenggara
Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran, sempena bulan Ramadan Al-Mubarah 1435H/ 2014 petang tadi diketuai oleh Imam Masjid Bandar Tenggara, Tuan Hj Mohd Moslihen Subohi. Murid-murid dan pelajar sekolah sekitar Bandar Tenggara hadir membacakan surah-surah yang ditetapkan oleh pengerusi khatam iaitu Ustaz A.Rahim Arshad dari juzuk satu hingga akhir.

Selepas itu majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Baderi Hj Dasuki, Timbalan Speaker Negeri Johor merangkap ADUN Panti. Pengacara majlis ialah Tuan Haji Norhaimi Abdullah, Penolong Kanan SMK Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berbahagia, Encik Hamzah Isa, Pengurus Bahagian Kerajaan Tempatan KEJORA, Encik Fakrur Razziy Azran, Penolong Pengurus Bahagian Kerajaan Tempatan KEJORA, Tuan Hj Zainuddin Zainalabidin, Penghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Tuan Haji Amir Kasman, Naib Pengerusi JKKM Bandar Tenggara, Encik Khairudin Mustapha, Penolong Kanan SMK Bandar Tenggara 2, Encik Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Hj Zolkeple Jemadar, Guru Kokurikulum Prauniversiti SMK BAndar Tenggara, guru-guru sekolah rendah dan menengah.

Pembaca Khatam al- Quran
Penyelaras Majlis Tadarus - Ustaz A.Rahim Arshad

Majlis Khatam al Quran yang diketuai oleh Imam Masjid
Majlis pemyampaian hadiah
Pengurus KEJORA
Yang Berhormat Dato Haji Baderi, tengah
Pembaca Al Quran dari SMK Bandar Tenggara

Banner Majlis Tadarus

PENYAKIT DENGGI MEMBAWA MAUT - "HAPUSKAN AEDES HAPUSKAN DENGGI"

23 Julai 2014 : Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)

PK HEM- En. Rashid Muhidin
Menyampaikan taklimat jaga kebersihan kawasan sekolah

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Rashid Muhidin, pagi ini menyampaikan pesanan kepada 750 orang pelajar di Dewan Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) BandarTenggara agar sentiasa berwaspada dengan serangan penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes.

Katanya, untuk memerangi denggi kita mesti menghapuskan Aedes bermula dari rumah kita sendiri. Kita mestilah menjaga sekolah dan kawasan persekitaran agar bebas Aedes. Cegah penyakit ini dengan menghapuskan nyamuk Aedes. "Hapuskan Aedes, haouskan denggi".

Murid dan pelajar SMK Bandar Tenggara
Buang air yang bertakung di kawasan tanaman bunga
Bersedia membersihkan tempat pembiakan aedes


Buang bekas-bekas botol dan plastik

TAKLIMAT PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA - BIDANG KOKURIKULUM 2014

23 Julai 2014 : Bilik Seminar


Carta Pentaksiran Aktiviti Jasmani,Sukan & Kokurikulun

Nama Program  : Mengemaskini Data Murid 2014
Bidang               : Pengurusan Kokurikulum
Tarikh               : 23 Julai 2014
Masa                 : 2.00 – 4.00 petang
Tempat             : Bilik Seminar/ Bilik Gerakan
Sasaran              : Guru Tingkatan Tiga dan Pembantu
Tingkatan          : 3 (3 Baiduri, 3 Delima, 3 Intan dan 3 Zamrud)
Fasilitator          : En. Ahmad Bin Survi, GPK Kokurikulum

Matlamat
Mengemaskinikan maklumat murid dengan cara yang bersistematik, terancang dan berfaedah kepada guru, sekolah dan pengurusan kokurikulum secara keseluruhannya.

Objektif
1.1.    Mendaftarkan murid mengikut kelas.
1.2.    Mendaftarkan murid mengikut pilihan tiga bidang kokurikulum
1.2.1.  Pasukan Badan Beruniform
1.2.2.  Persatuan Akademik dan Bukan Akademik
1.2.3.  Kelab Sukan dan Permainan.
1.3.    Melaporkan kegiatan kokurikulum
1.4.    Penilaian 10% Markah Kokurikulum

BAHAN RUJUKAN GURU TINGKATAN
1. Folder PT3 2014

*******************************************
RUJUKAN PESERTA KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM DAERAH KULAI
Link ke Hari Pertama: 21 Julai 2014
Link ke Hari Kedua : 22 Julai 2014
Tempat : Di SMK Indahpura 1

22 July, 2014

TAKLIMAT PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014 - HARI KEDUA

22 Julai 2014: SMK Indahpura 1
Taklimat disampaikan oleh GPK Kokurikulum, Daerah Kulaijaya
RUJUKAN PESERTA KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM DAERAH KULAI
Link ke Hari Pertama: 21 Julai 2014
Link ke Hari Kedua : 22 Julai 2014
Tempat : Di SMK Indahpura 1

Hari Kedua : 22 Julai 2014
Masa:
8.00 - 10.00 pagi   : Slot 3:Pengurusan Kelab dan Persatuan
10.30 - 12.30 pagi : Slot 4: Pengurusan Badan Beruniform
Rehat
1.30 - 3.30 ptg      : Slot 5: Pengurusan Sukan
4.00 - 5.00 ptg      : Refleksi
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + 
Slot 3: Encik Kamallulail Bin Toha,
           Penolong Kanan Kokurikulum,
           SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar

 Muat turun bahan :
           3.1 Pengurusan Pasukan Badan Beruniform
           3.2 Folder Pengurusan PBB

Slot 4: Encik Mohd Tahir Bin Ismail,
           Penolong Kanan Kokurikulum,
           SMK Kulai Besar

Muat turun bahan :
           4.1 Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
   



Slot 5: Encik Md Jafri Bin Sikun,
           Penolong Kanan Kokurikulum,
           SMK Kelapa Sawit

       












Muat turun bahan :
           5.1 Dasar 1Murid 1Sukan
 
RUJUKAN PESERTA KURSUS
SISTEM PENGURUSAN KOKURIKULUM

Dicipta dan diterbitkan oleh GPK Kokurikulum, SK Masai, Johor Bahru

Sila kunjungi :-
Sistem Pengurusan Kokurikulum (offline)

* Sekolah-sekolah yang berminat, sila hantarkan maklumat seperti di bawah ke alamat email :
   absurvi@gmail.com
   1. Nama GPK dan No h/p
   2. Nama Sekolah
   3. No Kod Sekolah

Maklumat seterusnya akan diberitahu kemudian.

20 July, 2014

TAKLIMAT PENGURUSAN KOKURIKULUM ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KULAI 2014 - HARI PERTAMA

21 Julai 2014: SMK Indahpura 1
Ucapan Penolong PPD Kulai, En Elanggovan
Di SMK Indahpura 1
 RUJUKAN PESERTA KURSUS PENGURUSAN KOKURIKULUM DAERAH KULAI
Link ke Hari Pertama: 21 Julai 2014
Link ke Hari Kedua : 22 Julai 2014
Tempat : Di SMK Indahpura 1

TAKLIMAT PENGURUSAN KOKURIKULUM

Tarikh    : 21 dan 22 Julai 2014
Tempat  : SMK Indahpura 1
Masa      : 8.00 - 5.00 petang
Peserta   : 106 orang guru

Hari Pertama : 21 Julai 2014
Masa:
8.00 - 10.00 pagi   : PPD Kulai - EnEllanggovan a/l Savarimuthu
10.30 - 12.30 pagi : Slot 1: Pengurusan Kokurikulum
Rehat
1.30 - 3.30 ptg      : Slot 2: Pengurusan Fail
4.00 - 5.00 ptg      : Refleksi

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + 
Slot 1: Encik Ahmad Bin Survi,
           Penolong Kanan Kokurikulum,
           SMK Bandar Tenggara
     

           Muat turun bahan :
           1.1 Dasar Kokurikulum
           1.2 Kewangan Kokurikulum
           1.3 Proses Pengurusan
           1.4 Pentaksiran (PAJSK)

Slot 2: Encik Abd Ghani Bin Abas,
           Penolong Kanan Kokurikulum,
           SMK Bandar Putra


 Muat turun bahan :
           2.1 Pengurusan Fail
     
RUJUKAN PESERTA KURSUS
SISTEM PENGURUSAN KOKURIKULUM

Dicipta dan diterbitkan oleh GPK Kokurikulum, SK Masai, Johor Bahru

Sila kunjungi :-
Sistem Pengurusan Kokurikulum (offline)

80 PESERTA ARP RAKAN MUDA SMK BANDAR TENGGARA MENGIKUTI TADARUS DAN KHATAM AL- QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

19 Julai 2014 : Masjid Jamek Al Azim, Permas Jaya, Johor Bahru

Banner Program Rakan Muda Ramadan
Seramai 80 orang peserta ARP Rakan Muda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara menyertai Program Rakan Muda Ramadhan, Tadarus dan Khatam Al Quran Di Masjid Jamek, Permas Jaya 7, Johor Bahru yang bermula pada jam 3.00 petang hari Sabtu.

Sebanyak 30 agensi terpilih untuk program tersebut, antaranya ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA Bandar Sri Alam, Yayasan Pelajaran Johor, IKBN Pagoh Muar, Kolej Pengajian Islam Johor, Institut Kemahiran MARA, Politeknik, Pasir Gudang, Sekolah Menengah Tinggi Maahad Johor, MRSM Johor Bahru dan SMK Bandar Tenggara. Semua Jabatan Belia dan Sukan dari setiap daerah di negeri Johor juga mengambil bahagian.

Sebahagian daripada peserta dari
Sebahagian pelajar lelaki yang turut serta dalam program
Tadarus dan Khatam Al Quran, Bergambar di hadapan pintu masuk masjid Al Azim
Turut sama dalam program tersebut ialah En Ahmad Suriv, PK Kokurikulum, Pn Hafilah Hamzah, Guru Kokurikulum Prauniversiti, Cik Nurul Falah Abd Ghani dan Cik Salwa Abd Wahab.