MENU UTAMA

18 July, 2014

MAJLIS PEMBUDAYAAN AL QURAN DIPERTINGKAN LAGI SEMPENA BULAN RAMADAN 2014

17 Julai 2014 : Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)
Tuan Kadi Kota Tinggi
Majlis pembudayaan al-Quran yang dirancang oleh Pengurusan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, menurut Encik Rashid bin Muhidin berjalan seperti biasa. Katanya lagi, peningkatan ilmu dan kefahaman tentang Islam amat penting untuk pelajar-pelajar sekolah ini. Pengerusi majlis pembudayaan al-Quran tersebut dikendalikan oleh Ustaz A. Rahim bin Arshad, imam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.

Tuan Haji Mohamad Fauzi bin Bachok, dari Pejabat Agama Islam Kota Tinggi mengupas secara ringkas berkaitan dengan kepentingan bulan ramadan dan mukjizat al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi ikutan seluruh masyarakat Islam di seluruh dunia.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Zaharah binti Mohd Jani, Pengetua, Puan Anim binti Mohamed Jaib, Penolonga Kanan Pentadbiran, Encik Rashid bin Muhidin, Penolong Kanan HEM, Encik Ahmad bin Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua-ketua bidang, guru kaunselor dan semua murid dan pelajar.

Pengetua menyampaikaan cenderama
selepas majlis ceramah.


Encik Rashid Muhidin bersama Tuan Kadi Kota Tinggi

Guru lelaki

Guru-guru perempuan dan pelajar

Guru kaunselor

Guru lelaki danpelajar

Pelajar Prauniversiti

IKRAR PESERTA TAHAP GANGSA 2014

16 Julai 2014 : Bilik Seminar

Bacaan Ikrar ARP Rakan Muda diketuai oleh
Mohd Farouk

Taklimat Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kali ini adalah menjurus kepada cara dan kaedah menulis yang perlu difahami dan dipatuhi oleh peserta-peserta selaras dengan format yang diberikan oleh panel program ARP Rakan Muda di peringkat kebangsaan.

Pemimpin Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), Encik Ahmad Survi menyampaikan taklimat kepada 60 peserta tahap gangsa di bilik seminar, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara petang ini.

Dalam sesi taklimat tersebut, katanya semua peserta tahap gangsa perlu melengkapkan 4 komponen utama iaitu khidmat masyarakat, kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak. Catatan aktiviti adalah merujuk kepada jumlah minima 5 jam setiap bulan.

Bagi komponen khidmat masyarakat peserta perlu merekod aktiviti-aktiviti selama 6 bulan bermula selepas sesi taklimat ARP Rakan Muda peringkat sekolah. Manakala 3 bulan bagi komponen kemahiran, rekreasi fizikal dan aktiviti perkhemahan selama 2 hari 1 malam.

Selepas majlis taklimat itu, Mohd Farouk, ahli lembaga pengawas mengetuai bacaan ikrar untuk taat setia kepada negara dan dalam masa yang sama membantu diri, masyarakat, bangsa dan negara secara sukarela.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu ialah Tuan Hj Zolkeple bin Jemadar, Pn. HAfilah binti Hamzah, Guru Kokurikulum Prauniversiti, Cik Siti Hanizan binti Samsuri, Guru Penasihat Pasukan Pandu Puteri dan Encik Hanafi bin Hamzah, guru ganti.