MENU UTAMA

15 March, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29 2014 DAN ANUGERAH CEMERLANG 2013

15 Mac 2014 (Sabtu) : Dewan Permata
Ucapan YDP PIBG , Pengetua dan Perasmi
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-29 dan Anugerah Cemerlang 2013 berjalan dengan jayanya pada hari ini. Antara agenda penting dalam mesyuarat tersebut ialah membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat, membincangkan perkara berbangkit, membentang dan mengesahkan laporan aktiviti, penyata kewangan dan pembubaran ahli jawatankuasa sesi tahun 2013/ 2014.

Tuan Haji Baharudin Md Sham, Yang Dipertua PIBG sekolah ini selama beberapa tahun dalam ucapannya pelbagai pengalaman manis telah dilalui.Katanya lagi, ibu bapa perlu berperanan lebih aktif dalam membantu pihak sekolah memacu kecemerlangan pendidikan demi kemajuan anak-anak didik di sekolah ini. Harapan beliau, agar kecemerlangan pelajar dapat dikongsi bersama oleh ibu bapa melalui majlis anugerah sama ada dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Perasmi Mesyuarat Agung PIBG, Tuan Haji Zulkiflui Men
Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Tuan Haji Zulkifli Men merasmikan Mesyuarat Agung PIBG  Kali Ke-29 Tahun 2014. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Hj Armas Derusman, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Anim Mohamed jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, Mohd Pozi Kemin, Penolong Kanan Tingkatan Enam dan Hamzah Hamdan, Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Anugerah Cemerlang 2013
Majlis Anugerah Cemerlang disempurnakan oleh Tuan Haji Zulkifli Men, Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Penerima anugerah kurikulum dimulakan dengan kejayaan pelajar dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2013 Tingkatan Enam Bawah, Empat, Dua, Satu dan Pendidikan Khas.

Penerima Anugerah Penilaian Menengah Rendah 2013 didahului dengan Muhammad Naim Hanafi Abdul Halid diikuti oleh Nurul Nadia Jamaludin, Muhibbudin Mohammad dan Nurhazirh Roslan yang kesemuanya memperolehi 7A 1B.

Penerima Anugerah Kokurikulum didahului dengan Abdul Latif Jalil, Johan Boling, Nurul Nabilah Zainal Abidin, Johan Petanq dan Khairul Faris Abd Jalil, Naib Johan Futsal Peringkat Kebangsaan. Manakala Farid Izzudin Zulkifli dan Hazira Shamsul Ihtihsham menerima anugerah kategori Pasukan Badan Beruniform, Muhamaad Amirul Syafiq Azman dan Nurul Yusnainy Mohd Yunus, kategori Persatuan dan Kelab, Mohd Akrimi Mahazir dan Nurfarhana Abd Mutalib kategori Sukan Permainan dan Hakim Azman menerima anugerah Tokoh Kokurikulum.

Penerima Anugerah Sahsiah didahului oleh Mohamad Faiz Othman, Pendidikan Khas, Muhammad Farhan Abd Ghafar, 5 Baiduri, Nurul Nabilah Mohd Zul 5 Baiduri, Nur Hidayah Abdul Manaf 6 Atas Baiduri dan Mohd Izzudin Jasmee, 6 Atas Delima. Tokoh Kokurikulum Tingkatan Enam ialah Adam Azman.


Pasukan Zapin, Kadet Polis, Gamelan, Nasyid
dan Gamelan membuat persembahan sempena kehadiran
tetamu khas majlis.