MENU UTAMA

08 March, 2014

KOAKADEMIK- PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA 2014

8 Mac 2014 : Dewan Permata

SMK Bandar Putra - Johan Bicara Berirama Peringkat Daerah Kulaijaya

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Putera muncul juara dalam Pertandingan Bicara Berirama, Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya di Dewan Permata hari ini. Tempat kedua disandang oleh SMK Sultan Alauddin dan ketiga SMK Kota Kulai.

Sebanyak 18 buah sekolah  menyertai pertandingan tersebut. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj Armas Derusman, pengetua sekolah ini diringi oleh Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran.. Hakim pertandingan terdiri daripada tiga orang guru iaitu Zuraiha Ismail sebagai ketua dibantu oleh Hemeelia Ghazali dan Saifullah Jamaludin.
Tetamu
Turut hadir dalam pertandingan tersebut ialah Ellanggovan a/l Savarimuthu, Penyelia Koakademik, Pejabat Pendidikan Daerah Kulaijaya,En Zainal Mesran, Pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn Anim Mohamed Jaib, Penolong Kanan Pentadbiran, En Rashid Muhidin, PK HEM SMK Bandar Tenggara jurulatih dan guru-guru pengiring.

Tempat ke-2: SMK Sultan Alauddin

Tempat Ke-3: SMK Kota Kulai

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
JOHAN ; SMK BANDAR PUTERA
NAIB JOHAN : SMK SULTAN ALAUDDIN
KETIGA: SMK KOTA KULAI

Objektif Pertandingan

1. Meningkatkan penguasaan serta penggunaan Bahasa Melayu Baku dan Bahasa Melayu yang baik dalam kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.

2. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang penggunaan Bahasa Melayu dan memantapkan lagi penggunaan Bahasa Melayu sehari-hari.

3. Mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang bicara berirama.

.Tentatif Program

7.30 - 8.00 pagi : Pendaftaran Penyertaan
8.00 - 9.00 pagi : Taklimat Hakim
9.00 pagi           : Bacaan Doa
                          : Pertandingan Dimulakan.
2.00 petang       : Penyampaian Hadiah
                         : Bersura

JK Dokumentasi (En Taufiq Aluddin dan krew)

Hakim pertandingan
Penonton pertandingan

KITA KALAH - CUBA LAGI TAHUN HADAPAN JANGAN BERPUTUS ASA

8 Mac 2014 : Dewan Permata
Pasukan Bicara Berirama Sekolah
Pasukan sekolah tetap diberikan pujian dan penghargaan walau pun tidak berjaya dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Sekolah-sekolah Menengah (SMK) Daerah Kulaijaya Tahun 2014.

Kalah dan menang adat pertandingan. Namun begitu persembahan yang dibuat ketika pertandingan perlu dijadikan iktibar untuk terus cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

Tahniah kepada guru pembimbing dan semua peserta pertandingan yang mewakili sekolah kerana telah berlatih dengan bersungguh-sungguh. Cuma nasib tidak menyebelahi kita.

PANDU PUTERI

8 Februari 2014 : Pasukan Renjer Puteri Sekolah

Foto oleh : Aishah Tarni


Tetamu/ VIP disambut


VIP

Pasukan Renjer Puteri
SMK Bandar Tenggara




Pasukan renjer Puteri SMK Bandar Tenggara