MENU UTAMA

15 February, 2014

PERSEMBAHAN PELAJAR - SEMPENA MESYUARAT AGUNG PANDU PUTERI PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

15 Februari 2014 : Persembahan pelajar di Bilik Seminar SMK Bandar Tenggara
Pelajar dari tiga buah sekolah menengah Daerah Kulaijaya
Mesyuarat Agung Pandu Puteri Peringkat Daerah Kulaijaya yang berlangsung di Bilik Seminar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara berjalan dengan lancar. Penyelia Pasukan Badan Beruniform Daerah Kulaijaya, Johan Nasir hadir untuk majlis perasmian mesyuarat itu. Majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan pelajar dari tiga buah sekolah menengah daerah Kulaijaya..

Kunjungan pelajar ke bilik kokurikulum diberikan penghormatan dan dimuatkan dalam blok kokurikulum sekolah ini. Mereka terdiri daripada pasukan Zapin SMk Bandar Tenggara iaitu Siti Noor Ariyanna Noor Ariffin, Noradia Natasya Abdullah, Ellysa Zainal, Nurul Shahidah Alias, Nurul Hidayah Rajuan dan Natasya Wahida Abdul Shukor.

Manakala Nur Farisha Erina, Nor Faizal Rizal, Chai Jia Qian dan Nurul Syahirah Abdul Halim dari SMK Bandar Putera. Lebih mengembirakan lagi apabila Ranuka a/p Komaran dan Prathainee Nair a/p Yogesvaran dari SMK Taman Puteri yang berpakaian tarian kebudayaan masyarakat India yang dipanggil "Balada Natium" turut hadir ke bilik kokurikulum.

14 February, 2014

KESIHATAN - MINDA CERDAS TERLETAK PADA BADAN YANG SIHAT

13 Februari 2013: BILIK RAWATAN



Mendaftar untuk pemeriksaan kesihatan

Ceria - bila badan sihat

BOLING - PEMILIHAN UNTUK PERTANDINGAN DI PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA 2014

13 Februari 2014: DIMOND BOWL, JOHOR BAHRU

Pemilihan pemain boling 10 pin SMKBT
Foto oleh Azlina Abu Bakar
Pasukan Boling 10 Pin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara akan melakar sejarah sekali lagi pada tahun ini untuk muncul Johan Keseluruhan jika perancangan dan komitment guru dan peserta pada tahap yang tinggi.

Mohd Asmawi Mohd Rasip selaku jurulatih pasukan boling sekolah menaruh harapan yang tinggi untuk mengekalkan kejuaraan tahun ini. Katanya lagi, dengan bantuan dan sokongan padu dari penolongnya, Azlina Abu Bakar, ditambah dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain boling sekolah harapan ini akan tercapai.

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru boling dan pemain-pemain boling sekolah atas usaha murni mereka. Buktikan cogan kata sekolah, dengan ungkapan "Sekolahku Gemilang" akan menjadi kenyataan.

BADMINTON - MENGIRATKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA GURU, MURID DAN KAKITANGAN SEKOLAH

12 Februari 2014: Dewan Permata

Latihan setiap Rabu malam Khamis



Sedang dikemaskini.....

CATUR - PERTANDINGAN CATUR DI SMK SULTAN ALAUDDIN

11 dan 12 Februari 2014:

Wakil sekolah





Sedang dikemaskini...

10 February, 2014

PING PONG - SM FOON YEW JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN PING PONG MSSD KULAIJAYA 2014

10 Februari 2014 : Muat turun Laporan Ping Pong MSSD Kulaijaya 2014

Johan ping pong Lelaki 18 Tahun
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum,  sempena Pertandingan Ping Pong MSS Daerah Kulaijaya 2014 di Dewan Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK )Bandar Tenggara, Kulaijaya. Johan Keseluruhan dimenangi oleh Sekolah Menengah Foon Yew, Kulaijaya.

Keputusan Penuh:
Kategori L18 (Perseorangan)Johan : LIEW CHEE JIE (SM Foon Yew)
Naib Johan : TAN LIANG YI (SMK Bandar Putra)
Ke-3 : LIEW CHEE XIAN (SM Foon Yew)
kE-4 : WONG JENN JYE (SM Foon Yew)

Kategori P18 (Perseorangan)Johan : CHONG SHI YUNN (SM Foon Yew)
Naib Johan : TIO MEI BO (SMK Senai)
Ke-3 : TAN YAN ZI (SMK Indahpura 1)
kE-4 : APPLE TOH YU YAN (SM Foon Yew).

Kategori L18 (Beregu)Johan :
LIEW CHEE JIE (SM Foon Yew)
LIEW CHEE XIAN (SM Foon Yew)

Naib Johan :
WONG JENN JYE (SM Foon Yew)
JOUL LIM JIAN AN (SM Foon Yew)

Ke-3 :
FAM YU XUAN (SM Sultan Ismail)
AARON TAY KAI JIT (SM Sultan Ismail)

Kategori P18 (Beregu)Johan :
CHONG SHI YUNN (SM Foon Yew)
HENG JIA TONG (SM Foon Yew)

Naib Johan :
TIO MEI BO (SMK Senai)
CHONG HUI LING (SMK Senai)

Ketiga :
APPLE TOH YU YAN (SM Foon Yew)
CHANG YUE LIN (SM Foon Yew)

Pasukan SM Foon Yew bersama penganjur SMK Bandar Tenggara

Pengerusi teknik dan jawatankuasa penganjur
Pertandingan Ping Pong MSS Daerah Kulaijaya 2014 di Dewan Permata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara berjalan dengan baik, kata Encik Zaki Din, Pengerusi Teknik Ping Pong Daerah Kulaijaya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pengurusan sekolah yang diketuai oleh Hj Saifullah Abd Wahab kerana dapat menamatkan kejohanan lebih awal daripada biasa.

Ini menunjukkan komitment dan perancangan yang baik dapat dilaksanakan oleh jawatankuasa sekolah yang terdiri daripada Ahmad Nazri Selamat, selaku Setiausaha Sukan, Cik Siti Hanizan Samsuri, penolong setiausaha, dibantu oleh Penyelaras Sukan dan Permainan; Aidil Shamin Abd Razak, guru-guru ping pong sekolah yang terdiri daripada Nurul Falah Abd Ghani dan Nurul Shuhada Md Noor,

  .
Pasukan ping pong sekolah-sekolah menengah
Pasukan ping pong sekolah-sekolah menengah

09 February, 2014

KELAB SENI VISUAL KREATIF SEKOLAH MENAMATKAN KOMPONEN PENJELAJAHAN LASAK ARP RAKAN MUDA 2014

8 februari 2014: Johor Lama
Kelab Seni Visual Kreatif di Johor Lama
Perkhemahan yang dianjurkan oleh Kelab Seni Visual Kreatif Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara bermula pada 6 hingga 8 Februari di Johor Lama berjaya mencapai matlamat dan objektifnya.


Penyelaras dan Logo Baru Kelab Seni Visual 2014
Iskandarrani Mohamed, penyelaras ditemui berkata, program yang dianjurkan ini adalah untuk calon-calon Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) yang akan mengambil matapelajaran Seni Visual Tahun 2014.
Antara objektifnya ialah untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran "Out Door Sketch" dalam bidang seni lukis dan dalam masa yang sama membuat khidmat masyarakat di Kampung Johor Lama, Kota Tinggi, Johor.
Johor Lama, Kota Tinggi