MENU UTAMA

30 January, 2014

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH KALI KE-6 TAHUN 2014 - BERJAYA

29 Januari 2014: 1Murid 1Sukan

Ahmad Nazri Selamat, setiausaha sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara memberikan taklimat kepada 813 orang murid yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Merentas Desa tahun ini. Larian merentas desa kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu lelaki dan perempuan 18, 15, 13  dan kategori pendidikan khas.

Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah Tn Hj Armas Derusman, pengetua sekolah, barisan guru-guru penolong kanan, penasihat rumah-rumah sukan, ketua dan penolong rumah Tuah, Mustaffa Mohd Yunos dan Nurul Shuhada, Jebat: Aidil Shamin Abd Razak dan Noraishah Tarni, Lekir: Khairul Aime Mohd Termizi,  Kasturi : Taufieq Aluddin dan Azlina Abu Bakar.

MERENTAS DESA KALI KE-5 2013 (1 MURID 1 SUKAN)
KEPUTUSAN MERENTAS DESA KALI KE-6 2014 ( 5 Februari 2014).


Taklimat merentas desa



Pelajar Prauniversiti 
Pencatat masa, keputusan dan garis penamat
Pendidikan khas

Pegawai-pegawai kejohanan

29 January, 2014

KHIDMAT MASYARAKAT MURID PENDIDIKAN KHAS DISANJUNG TINGGI

29 Januari 2014: Khidmat Masyarakat

Khidmat masyarakat

"Sekolahku Gemilang" menjadi satu inspirasi kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, yang suka menabur bakti dan sama-sama berusaha menjayakan pelbagai bentuk aktiviti dan program yang dirancang oleh pihak sekolah.

Antaranya ialah murid pendidikan khas seramai 6 orang telah membantu sekolah untuk menyiapkan gelanggang petanque baru di bersebelahan koperasi sekolah. Kata cikgu Mohd Hasry keluasan gelanggang tersebut ialah 48 kaki x 36 kaki untuk 3 gelanggang baru, menjadikan kesemuanya ialah 6 buah gelanggang.

Cikgu Hanif  ditemui berkata, pihak Kolej Komuniti Bandar Tenggara memberi sumbangan dalam bentuk penyediaan bahan-bahan asas untuk membina gelanggang pentanque baru. Gelanggang yang sedia ada adalah usaha pihak koperasi sekolah di bawah penyelarasnya, Hjh Ruziah Maarop.

Katanya lagi jumlah gelanggang yang banyak memudahkan pihak penganjur untuk mengadakan pertandingan samada peringkat sekolah atau daerah. Harapan beliau, akan lahir pemain-pemain sekolah ini untuk mewakil negeri Johor ke pertandingan SUKMA (Sukan Malaysia).

Turut sama dalam kerja-kerja mengangkat dan merata permukaan atas gelanggang ialah Mohd Hasry Mustakim, Mohd Nurul Faisal Ab. Ghani dan Mohd Hanif Abu Hassan sebagai ketua guru penasihat kelab pentanque sekolah. 

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KULAIJAYA 2014

29 Januari 2014: Selasa SMK Seri Pinang

Nur Elley Syuhadah
Faiz Zulhusnie

Ahmad Nazri Selamat, ditemui berkata dua murid sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara hanya berjaya  mendapat tempat ke-8 dan ke-18 daripada 68 orang peserta mengikut kategori masing-masing. Nur Elly Syuhadah Mohd Azali mendapat tempat kelapan dan Muhammad Faiz Zulhusnie Mustakim kelapan belas.

Sebanyak 17 buah sekolah menengah mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan perempuan 18 dan 15 tahun. Bilangan peserta secara keseluruhan ialah seramai 272 orang.


ATLIT MERENTAS DESA SEKOLAH


Kategori Lelaki 18 Tahun (L18)
1. MUHAMMAD AMIRUL HAKIM BIN NORHALED
2. MOHD AKRIMI BIN MAHAZIR
3. WAN MUHAMMAD FARIZ BIN WAN MOHAMAD
 
Kategori Perempuan 18 Tahun (P18)
1. AFIFAH BINTI AYOB
2. NUR ELLY SYUHADAH BINTI MOHD AZALI
3. DARANISHA A/P RAVINDRAN
4. NURSAIDATUL SYAHIRAH BINTI JAMAL

Kategori Lelaki 15 Tahun (L15)
1. MUHD ARIF BIN ABD NAHAR
2. MUHD AZIK ZIKRI BIN MADIYAH
3.MUHAMAD RAFIUDDIN AFIQ BIN MD RUZADI

Kategori Perempuan 18 Tahun (P18)
1. NURUL JANNAHBINTI  ABD AZIN
2. NURHASLINI BINTI MOHD PHAUZI
3.SYAZANA AFIAH BINTI AHMAD SANUSI
4. HAZIRAH HUSNA BINTI ABDUL HALIM

PEMBANTU KEJOHANAN MERENTAS DESA (Penolong pegawai)

Penolong pegawai (20) kejohanan dari SMK Bandar Tenggara



Wakil sekolah - setiausaha sukan, atlit-atlit, penolong pegawai  dan
marshal

26 January, 2014

MESYUARAT MERENTAS DESA DAERAH KULAIJAYA 2014

SMK Seri Pinang
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Kulaijaya 2014
Tarikh : 28 Januari 2014
Tempat : SMK Seri Pinang

Agenda Mesyuarat:-
Bacaan Doa oleh Ustaz Rahman Ismail.
1. Ucapan Pengetua - Pn Hjh Siti Mariam binti Abdul Rahman
2. Pembentangan Panduan Pengurusan Kejohanan - En Rahman bin Ismail
3. Hal-hal lain
    3.1 Jarak larian : Lelaki 18 Tahun (8.8 kilometer)
    3.2 Perempuan P18, L15 dan P15 (6.6 kilometer)
    3.3 Pendaftaran online
          KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KULAIJAYA 2014
          Klik di bawah:
          http://mssj.edu.my/daftar/kjmssdrd
          Tarikh akhir pendaftaran : 26 Januari 2014

TENIS MELAHIRKAN SEMANGAT SETIAKAWAN

 
Pemain Tenis Sekolah
Penyelaras Sukan dan Permainan, Aidil Shamin Abd Razak ditemui berkata, perkembangan tenis tahun ini memberangsangkan. Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara cabaran dan terlibat dalam sesi latihan setiap Ahad petang.

Turut terlibat, Th Hj Saifullah Abd Wahab, Ahmad Nazri Selamat, Shamsul Ihtihsham Musa, Mustafa Yunos dan Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi.