MENU UTAMA

17 September, 2013

CABARAN MENDAKI TEMBOK TIRUAN MENJADI PENDORONG RAKAN MUDA SEKOLAH

15 September 2013: Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Johor

Rakan Muda Sekolah
Seramai 42 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mendapat peluang untuk menyahut cabaran mendaki tembok tiruan setinggi 12 meter di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor sempena Karnival Kecergasan Peringkat Negeri Johor 2013 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Peluang yang diberikan ini tidak dilepaskan oleh peserta-peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) sekolah ini seperti mana kata-kata semangat iaitu "rakan muda pantang dicabar".


Kali pertama mendapat peluang
saksikan perjuangan rakan muda ini


Walau pun tidak dapat mendaki sehingga ke akhir puncak namun semangat juang yang ditunjukkan oleh peserta sekolah amat membanggakan.



Amirul Hadi (4 Baiduri) hampir
berjaya ke puncak tembok
Pasukan Rakan Muda SMK Bandar Tenggara
Pasukan Rakan Muda SMK Bandar Tenggara yang diketuai oleh Ahmad Nazri Selamat. selaku guru pembimbing. Dalam perbualan, Ahmad Nazri berkata, semua peserta dari sekolah kita mencuba untuk sampai ke puncak namun masih gagal.

Ini adalah disebabkan tiada kemahiran, kurang pendedahan dan belum pernah mencuba sukan sebegini sebelum ini. InsyaAllah jika diberi peluang sekali lagi ramai peserta Rakan Muda sekolah akan berjaya sampai ke puncak.

Turut hadir dalam program kelolaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor ialah Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Bandar Tenggara yang banyak memberi motivasi kepada peserta.

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN:-
1. Kejohanan Futsal Rakan Muda Lima5
2. Persiapan Kejohanan Polo Basikal Gelanggang.
3. Karnival Sukan dan Permainan (Tingkatan 1,2 dan 4)

KOTA JOHOR LAMA TEMPAT BERSEJARAH

14 September 2013:
Kelab Tamadun Bangsa

Seramai 43 orang pelajar Kelab Tamadun Bangsa, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara terlibat dalam program lawatan sambil belajar ke Kampung Johor Lama.

Noraziah Shafie, penyelaras program ditemui berkata, program yang dianjurkan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang sejarah dengan lebih dekat lagi, khususnya di Kota Johor Lama. Antara pengisian yang penting ialah seminar sejarah di mana pelajar-pelajar diberikan panduan dan tip-tip bagaimana menjawab soalan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam matapelajaran sejarah.

Tegasnya lagi, antara objektif program berkenaan ialah untuk melahirkan pelajar yang " celik sejarah" dengan melawati sendiri tempat-tempat bersejarah di Kota Johor Lama, melihat sendiri tempat-tempat pelancongan di kawasan sekitar serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak FELDA seiring dengan sasaran Wawasan 2020.