"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera", merupakan visi sekolah kami,"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" menjadi misi kami, "Berilmu, Beramal dan Berbakti" moto sekolah kami,"Sekolahku Gemilang"- merupakan amalan dan pegangan kami. SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor Darul Takzim, Malaysia.
4 September 2013: 1 Murid 1Sukan: Peetandingan Antara Kelas
Sokongan moral murid perempuan
Pertandingan antara kelas dalam program 1Murid 1Sukan anjuran Unit Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara berjalan dengan baik semalam.
Sokongan moral murid lelaki
Ahmad Nazri Selamat, setia usaha sukan sekolah mengatakan sebanyak lima jenis permainan dipertandingkan tahun ini iaitu bola sepak (7 sebelah), bola jaring, bola baling, petanq dan satu sukan baru, "wood ball". Karnival Sukan dan Permainan fasa 1, hanya melibatkan murid Tingkatan satu, Dua dan Empat sahaja. Manakala Tingkatan Tiga, Lima, Enam Bawah dan Enam Atas akan menghadapi peperiksaan dalam masa terdekat.
Ahmad Nazri, mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan guru-guru dan murid-murid kerana menjayakan Karnival Sukan dan Permainan kali ini. Katanya lagi, pada minggu hadapan Tingkatan Satu akan bertanding dalam permainan bola baling, Tingkatan Dua, bola sepak (7sebelah) dan Tingkatan Empat, wood ball. Manakala murid perempuan Tingkatan Satu dan Dua akan bertanding dalam permainan petanque.
PERMAINAN
Bola Baling
Bola baling, Tingkatan Satu
Bola Baling Tingkatan Dua
PERMAINAN
Bola Sepak
Bola sepak Tingkatan Satu
PERMAINAN
Bola Jaring
Bola Jaring
PERMAINAN
Petanque
Pemenang petanque Tingkatan 4 (perempuan)
Pemenang Tingkatan 4 (lelaki)
Jawatankuasa pertandingan
diketuai oleh Mohd Hanif Abu Hassan
Sebagai seorang guru di SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. dan menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan (PK) Kokurikulum Tingkatan Enam tidak mematahkan semangatnya untuk menceburi bidang karyawan seni dan sastera.
Beliau juga dikenali dengan nama pena "Zol Akhasya", yang seringkali menggegarkan pentas, dewan atau stadium apabila tampil menyampaikan sajak-sajak patriotik hasil ciptaan beliau sendiri. Bakat dan pengalamannya yang mendalam dalam bidang seni dan sastera sudah menjadi idola kepada anak murid di sekolahnya untuk bertanding di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan mencipta serta menampilkan hasil-hasil karya sajak berbentuk petriotik untuk tatapan anak bangsa, di tanahair tercinta, Malaysia.
Baru-baru ini beliau dijemput oleh Majlis Daerah Kulaijaya sempena Malam Ambang Kemerdekaan Kali Ke-56 2013 pada 30 ogos untuk mendeklamasikan sajak di TJ Mart, Kulai.
Sajak bertajuk "Wasiat Bangsa" telah dapat disampaikan dengan penuh bersemangat dan bertenaga. Majlis Ambang Kemerdekaan Kali Ke-56 degegarkan dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin dan tetamu kehormat, Pegawai Daerah (ADO) Kulaijaya.
Sila klik youtube di bawah:-
Judul Sajak " Wasiat Bangsa"
Rakaman : Pelajar Pra Universiti SMK Bandar Tenggara
Deklamasikan Sajak oleh Zol Akasya,
bertajuk "Wasiat Bangsa"
Deklamasi Sajak oleh Zol Akasya
Sempena Sambutan HAri Guru Peringkat Daerah Kulaijaya 2013
di Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya
Karya-karya Zol Akasya
Dua orang anak didiknya yang mendeklamasikan sajak pada tahun ini yang terlibat dalam Pertandingan Sajak Peringkat Daerah Kulaijaya ialah Hazira Shamsul Ihtihsham (Tingkatan 2) dan Nur Afi'zah (Tingkatan 4). Sila lihat deklamasi sajak oleh Hazira Shamsul Ihtihsham.