MENU UTAMA

31 August, 2013

SAMBUTAN MALAM AMBANG KEMERDEKAAN 2013 PERINGKAT NEGERI JOHOR

30 Ogos 2013 : "Malaysia Berdaulat; Tempat Tumpahnya Darahku"

Banner  Autograf Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-56
di Dataran Bandaraya Johor Bahru
(20m panjang, 3m  tinggi)

Wakil SMK Bandar Tenggara
Sambutan Ambang Kemerdekaan Ke-56, Peringkat Negeri Johor anjuran Kerajaan Negeri Johor telah diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru mulai jam 4.00 petang semalam. Kelab Berbasikal Bandar Tenggara (BTec) telah mendapat peluang untuk turut serta menyemarakkan sambutan kemerdekaan tersebut.

Seramai 2 orang murid dan 3 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengambil bahagian dalam kayuhan sejauh 25 kilometer bermula jam 8.30 malam. Ahmad Survi, Penolong Kanan (PK) Kokurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara mengetuai Kelab BTec, dalam Program Merdeka Fun Ride Johor 2013, menulis ucapan kemerdekaan dan menurunkan tandatangan pada banner autograf sepanjang 20 meter dan 3 meter tinggi sebelum aktiviti kayuhan bermula.

Kayuhan Ambang Kemerdekaan, "Fun Ride Merdeka 2013"
Ahmad Survi, Abd Razak Saat, Khairulnizam Mohd Yusof,
Hakim Azman (Ting:4) dan Muhammad Amirul Mukminin (Ting: 1)
Kamallulail Toha, Penolong Kanan (PK) Kokurikulum,
SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar turut serta dalam "Merdeka Fun Ride Johor 2013"

Menarik Mengenai Sukan Baru Di Sekolah
Pautan ke 

27 August, 2013

MELAHIRKAN GENERASI MUDA DAN WARGANEGARA YANG PATRIOTIK

27 Ogos 2013 : SMK Munshi Abdullah
Hazira Shamsul Ihtihsham (2 Baiduri)
Wakil Sekolah
Panitia Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara tidak ketinggalan menghantar peserta untuk menyertai Karnival 1 Malaysia, Sempena Bulan Penghayatan Kemerdekaan Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya di SMK Munshi Abdullah, Kulaijaya.

Hazira Shamsul Ihtihsham daripada kelas 2 Baiduri, mewakili sekolah di bawah kategori menengah rendah manakala Nur Afi'zah Zulkeple, 4 Delima kategori menengah atas.

Shamsul Ihtihsham selaku guru pengiring ditemui berkata, pertandingan deklamasi sajak berjalan dengan baik dan keputusan pertandingan akan diumumkan pada 21 September 2013 di TJ Mart, Kulaijaya.

Katanya lagi, matlamat pertandingan deklamasi sajak itu ialah menanam semangat patriotism, memupuk nilai-nilai murni serta melahirkan generasi muda dan warganegara yang patriotik. Pada akhir pertandingan ini diharapkan murid dapat memahami dan mengenali sejarah perkembangan bangsa dan Negara.


Rakaman video peserta SMK Bandar Tenggara:-


Deklamasi Sajak oleh
Hazira Shamsul Ihtihsham (2 Baiduri)
SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor
Jurulatih : Zolkeplee Jemadar

Deklamasi Sajak oleh
Nur Afizah Zulkaplee (4 Delima)
SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor
Jurulatih : Zolkeplee Jemadar


Rujukan : (klik di bawah)
Pertandingan Deklamasi Puisi Peringkat Kebangsaan 2012
Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP Kuala Lumpur

25 August, 2013

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI DISAMBUT MERIAH

23 Ogos 2013 : Anjuran Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan (BKGK) dan PIBG

Hj Baharudin Md Sham, Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Hj Baharudin Md Sham, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, dalam ucapannya beliau berterima kasih di atas komitment yang tinggi dan kejayaan Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Abd Rahman Salleh telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya tahun ini.

Dalam ucapan ringkas beliau memohon maaf sekiranya ketika memimpin Persatuan Ibu Bapa Guru terdapat kesilapan, kesalahan dan ketidak lancaran dalam melaksanakan tugas. Begitu juga beliau mewakili ahli jawatankuasa yang lain memohon dihalalkan jika termakan dan terminum sepanjang setahun ini. Beliau menaruh harapan semoga kita dapat merayakan Aidil Fitri pada tahun-tahun akan datang. "Terima kasih pada semua dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin."

Keluarga Warga Sekolah SMKBT
Marhaban, Selawat Ke Atas Nabi s.a.w
Ahli Jawatankuasa BKGK dan PIBG
Ahli Jawatankuasa PIBG