MENU UTAMA

24 August, 2013

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2013

23 Ogos 2013: "MALAYSIAKU BERDAULAT , TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"
Anjuran Panitia Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Kali Ke-56
Foto: Ruzaimi Ahmad
Barisan Guru Kanan Matapelajaran

Shamsul Ihtihsham, penyelaras sambutan ditemui berkata Hari Raya Aidil Fitri tahun ini jatuh pada bulan Ogos iaitu Bulan Kemerdekaan, oleh yang demikian "Merdeka Raya" menjadi nama program sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya yang dijalankan serentak.

Matlamat utama Bulan Kemerdekaan dilancarkan adalah untuk melahirkan warga sekolah yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi disamping memupuk semangat perpaduan dan kekitaan serta menghargai pejuang-pejuang negara bagi memerdekakan tanah air tercinta ini, Malaysia.

Salam Perpaduan, Salam Kemerdekaan  dan
Salam 1Malaysia
Tentatif Pelancaran Bulan Kemerdekaan
7.20 pagi
Ketibaan Pentadbir dan Pendidik SMKBT
Nyanyian Lagu Negeri Johor
Nyanyian Lagu Sekolah

7.40 pagi
Bacaan Doa Khas Kemerdekaan
Ucapan Pengetua dan Perasmian
Nyanyian Lagu Patriotik
Tasbih Kifarah & Surah Al Asr
Nyanyian Lagu Negaraku

8.10 pagi
Pengajaran dan Pembelajaran

Katanya lagi, selepas Sambutan Bulan Kemerdekaan, guru-guru akan membuat kunjungan ke kelas-kelas untuk Sambutan Hari Raya. Sebanyak lima kumpulan telah dibentuk. Kumpulan satu diketuai oleh Pozi Kemin, kedua; Ahmad Survi, ketiga; Rashid Muhidin, keempat; Anim Mohamed Jaib dan kelima diketuai oleh Hj Armas Derusman, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.

Tentatif Sambutan Hari Raya
10.10 - 11.00 pagi
Rehat
Persiapan Jamuan Hari Raya
11.00 pagi - 1.00 petang
Ziarah dan Bacaan Marhaban
Bacaan Doa
Ucapan Ketua Kelas
Ucapan Ketua Marhaban
Jamuan Hari Raya
1.00 petang
Mengemas Kelas

KUNJUNGAN GURU-GURU KE- KELAS
Kunjungan guru-guru ke kelas
Sempena Merdeka Raya
4 Zamrud, 4 Delima, 2 Baiduri, 2 Delima, 2 Intan dan 2 Mutiara






23 August, 2013

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN PRA UNIVERSITI PERINGKAT NEGERI JOHOR

23 Ogos 2013: Dari Gelanggang Futsal Bandar Tenggara

Pasukan Futsal Pra Universiti Daerah Kulaijaya
Karnival Sukan dan Permainan Pra Universiti buat kali pertamanya diadakan di peringkat Daerah Kulaijaya tahun ini.  Tiga jenis permainan telah dipertandingkan di peringkat daerah iaitu futsal, bola tampar dan bola jaring telah diadakan di Sekolah Tunku Abdul Rahman Putra (STARP) dan gelanggang Majlis Daerah Kulaijaya (MDKu) tempoh hari.

Sebanyak tiga buah sekolah menengah Daerah Kulaijaya terlibat dalam menjayakan karnival tersebut. Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, SMK Sultan Ibrahim, Kulai dan Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra (STARP), Kulai.

Jurulatih Futsal
Zolkeple Jemadar selaku jurulatih futsal PraUniversiti Daerah Kulaijaya ditemui berkata latihan pusat yang dijalankan di Gelanggang Futsal Bandar Tenggara (GFBT) berjalan lancar. Seramai lapan orang pemain telah terpilih dan akan bertanding di peringkat negeri Johor di Pontian Jumaat ini.

Katanya lagi, komitment yang tinggi telah ditunjukkan oleh pasukan futsal daerah dan beliau menaruh harapan dan berharap pasukan ini akan menjadi juara dalam Karnival Sukan dan Permainan di peringkat Negei Johor. Turut membantu dalam latihan pusat tersebut ialah Hafilah Hamzah, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Bandar Tenggara, Rozi Abdul Ghani, STARP sebagai penolong jurulatih dan Abd Rahman Salleh, SMKBT sebagai capron.

FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT NEGERI JOHOR


22 Ogos 2013 : Dari SMK Kota Kulai, Kulaijaya Johor

Majlis Penutupan Rasmi Festival
Daerah Batu Pahat telah muncul menjadi Johan Keseluruhan Festival Sains dan Teknolgi Peringkat Negeri Johor Tahun 2013 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kulai, Kulaijaya bermula 22 hingga 23 Ogos 2013.

Majlis Perasmian Penutup Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Halid Hasbullah, Pegawai Daerah (ADO) Kulaijaya.

Menjuarai tiga daripada sepuluh acara yang dipertandingkan iaitu Johan dalam Bercerita Sains (sekolah rendah), Teknologi Pelancaran Roket dan Cooking With Nature (Efficiency Energy Cooking Competition) mengangkat darjat Daerah Batu Pahat sebagai Juara Keseluruhan. Begitu juga Daerah Batu Pahat mendapat Naib Johan dalam dua kategori Saintis Muda (sekolah rendah) dan Pertunjukkan Sains serta mendapat tempat ketiga dalam dua kategori lagi iaitu Anugerah Inovasi (kumpulan) dan Solar Boat.

Persembahan zapin
Majlis penutupan Festival Sains dan Teknologi itu itu diserikan lagi dengan persembahan  menarik oleh pasukan zapin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai, Kulaijaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Mulia Tengku Zaharah Tengku Othman, Pengarah Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor; Tuan Hj Jasman Jamsir, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pelajaran Johor; Azmi Abu, Penolong Pengarah, Kokurikulum JPNJ dan Yang Berbahagia Datin Hjh Hasnah Md Sem, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya. Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah rendah dan menengah juga hadir sama dalam majlis penutup festival.

Anisya Natsha Kamarudin
Anisya Natashah Kamarudin, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Pemanis, Segamat telah dinobatkan sebagai Johan dalam kategori Anugerah Inovasi (individu) dalam Festival Sains dan Teknologi tahun ini. Hasil rekaan ani ialah Absorbott iaitu alat penyiraman automatik, yang digunakan untuk mencurahkan air pada pokok bunga, sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan.

peserta pertandingan dan para tetamu

KEPUTUSAN PENUH

Sekolah Rendah
1. Bercerita Sains
    Johan : Batu Pahat
    Naib Johan : Kota Tinggi
    Ketiga : Kulaijaya

2. Eureeka Ree
    Johan : Muar
    Naib Johan : Pontian
    Ketiga : Kota Tinggi

3. Saintis Muda
    Johan : Kota Tinggi
    Naib Johan : Batu Pahat
    Ketiga : Muar

Sekolah Menengah
1. Saintis Muda
    Johan : Segamat
    Naib Johan : Kluang
    Ketiga : Muar

2. Teknologi Pelancaran Roket
    Johan : Batu Pahat
    Naib Johan : Mersing
    Ketiga : Kota Pasir Gudang

3. Solar Car
    Johan : Johor Bahru
    Naib Johan : Kulaijaya
    Ketiga : Pasir Gudang

4. Solar Boat
    Johan : Pasir Gudang
    Naib Johan : Muar
    Ketiga : Batu Pahat

5. Cooking With Nature
    Johan : Batu Pahat
    Naib Johan : Mersing
    Ketiga : Segamat

ANUGERAH INOVASI (Kumpulan)
    Johan : Segamat
    Naib Johan : Segamat
    Ketiga : Batu Pahat

ANUGERAH INOVASI (Individu)
    Johan : Segamat (Anisya Natasha Kamarudin)
    Naib Johan : Pasir Gudang
    Ketiga : Kluang

PERTUNJUKAN SAINS
    Johan : Kota Tinggi
    Naib Johan : Batu Pahat
    Ketiga : Kulaijaya

JOHAN KESELURUHAN
FESTIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI
NEGERI JOHOR
- Daerah Batu Pahat

20 August, 2013

KARNIVAL SUKAN TINGKATAN SATU, DUA DAN EMPAT MENDAPAT SAMBUTAN BAIK

21 Ogos 2013 : Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan

Setiausaha Sukan, Ahmad Nazri Selamat,
membawa pelajar ke padang
Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui 2 strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Sehubungan dengan itu Karnival Sukan dan Permainan Tingkatan Satu, Dua dan Empat telah dilancarkan pada minggu ini. Sebanyak 5 jenis permainan dipertandingkan di peringkat antara kelas. Lima permainan tersebut ialah bola sepak 7 sebelah, bola jaring, petanque dan bola baling. Manakala woodball merupakan permainan baru yang akan diperkenalkan di sekolah ini melalui program pembangunan sukan. 

Ahmad Nazri Selamat, setiausaha sukan ditemui berkata sambutan murid amat baik. Semua murid tingkatan satu, dua dan empat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, bersolat zohor di surau sekolah dan selepas itu rehat untuk makan tengahari. Pertandingan antara kelas dijalankan tepat pada jam 2.30 petang dengan bantuan guru tingkatan masing-masing sebagai pengurus pasukan.    
Shamsul Ihtihsham, menerangkan undang-undang
permainan bola baling
Hanifatiza, menerangkan peraturan bola jaring

Hjh Ruziah Maarop, menerangkan kepada peserta
petanque

Kesemua pengadil dan penganjur pertandingan Shamsul Ihtihsham Musa (bola baling), Hanifatiza Mohd Yusoff (bola jaring), Mohd Hanif Abu Hassan (petanque) dan Rohim Abd Rahman (bola sepak) bersetuju menamatkan pertandingan dengan serta merta apabila cuaca semakin gelap dan kedengaran guruh pada petang semalam.

Aktiviti seterusnya dilaksanakan di Dewan Permata dikendalikan oleh Ahmad Survi, Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara. Aspek keselamatan adalah paling utama kata beliau. Semua murid diberikan taklimat kepentingan 10% markah kokurikulum yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah pada akhir tahun.