MENU UTAMA

26 July, 2013

MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL QUR'AN 2013

26 Julai 2013: ANJURAN HEM DENGAN KERJASAMA PANITIA AGAMA ISLAM
Majlis Khatam al-Qur'an
Di Dewan Permata
Seramai 22 orang pelajar telah terlibat dan menjayakan Majlis Tadarus dan Khatam al-Qur'an anjuran Pengurusan Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Panitia Agama Islam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara.

Rashid Muhidin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) ditemui berkata, sepanjang bulan Ramadhan banyak program berkaitan pembangunan insan telah dilaksanakan dengan jayanya. Segala sokongan daripada pihak pengetua, guru-guru dan pelajar sangat-sangat dihargai. "Sekolahku Gemilang" menjadi agenda utama seperti mana saranan Tuan Hj Armas Derusman, pengetua sekolah ini.

Matlamat
Melahirkan golongan guru dan pelajar yang mencintai al-Qur'an.

Objektif
1. Guru dan pelajar dapat meningkatkan amalan budaya membaca al-Qur'an di dalam kehidupan seharian         terutamanya di bulan Ramadhan.

2. Guru dan pelajar dapat menghayati isi al-Qur'an sebagai panduan hidup.

3. Guru dan pelajar dapat menzahirkan pendidikan dan tarbiah al-Qur'an dalam diri masing-masing.

Pelajar yang terlibat dalam program tadarus:-


Bersama Tuan Hj Armas Derusman, pengetua SMKBT

PRA UNIVERSITI
Mohd Hasrul Hisham Hassan; Mohamad Hafizudin Mohd Alias; Muhamad Roslaily Rosdi; Abdul HAdi Misnan; Muhamad Afiq Md. Ariff; Amirul Shafiq Adnan; Muhammad Azuan Md Faiz; Faizzul Aziz Sadali; Muhammad Fakhruddin Abd Aziz dan Muhammad Hazwan Hazman.

ALIRAN PERDANA
Mohd Amirul Syafiq Azman dan Mohd Farhan Abd Ghafar (5 Baiduri).
Mohd Afiq dan Noor Izzat Iskandar (4 Delima)
Farid Izzudin Zulkifli dan Amirul Hadi Hamid (4 Baiduri)
Mohd Faruqzaidani Zulkifli (3 Delima)
Mohd Naim Hanafi Abd Halid dan Mohd Arsyad Syakirin Azman (3 Baiduri)
Muhamad Naim Zulkifli (2 Intan)
Mohd Hanif Jantan dan Khuhaimie Kamal (1 Baiduri) 

23 July, 2013

NOVEL 'KOT PUTIH' UNTUK PERPUSTAKAAN SEKOLAH SUMBANGAN BEKAS MURID TINGKATAN 3 BRILLIANT 1, 2004

22 Julai 2013: Novel Karya Bekas Pelajar SMK Bandar Tenggara

Penyerahan Novel "Kot Putih"
Sebuah Novel "Kot Putih" sumbangan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah disampaikan oleh Tuan Hj Armas Derusman, pengetua sekolah kepada Noor Asmah Ramly, Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini pada perhimpunan mingguan yang lepas.

Biodata Editor:
1. Bekas murid 3 Brilliant 1, Tahun 2004.
2. Sekolah TABIKA, KEMAS Taman Sayong Pinang, Bandar Tenggara.
3. SK Bandar Tenggara 2. Lompat dari Darjah 3 ke Darjah 5.
4. UPSR : 5A
5. SMK Bandar Tenggara, 9A (Perfect Score), PMR 2004.
6. KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, SPM 12A.
7. University Science and Technology of Jordan (JUST), Irbid, Jordan.
7. Tamat Pengajian pada 10 Julai 2013 dalam bidang " Perubatan dan Pembedahan".

Beliau ditemui berkata, "Terima kasih kepada guru-guru yang telah mengajar beliau semasa berada di Tingkatan Satu hingga Tiga". Katanya lagi, semoga Allah memberikan keberkatan dan dapat meneruskan perjuangan mendidik untuk agama, bangsa dan negara - "Jasa Mu Dikenang".

Novel " KOT PUTIH" dan rakan-rakan editor
DR NUR ARINA BINTI AHMAD

EMPAT PELAJAR SMKBT TERPILIH UNTUK PROGRAM TAHAP EMAS BERSAMA PESERTA HONG KONG

23 Julai 2013 : Hong Kong Youth Residential Project Malaysia 2013  Adventure

Peserta Perak 2012
Afifah, Hakim, Aqilah dan Nur A'fiezah
Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Johor dengan kerjasama Quantum training Centre akan mengadakan Hong Kong Youth Residential Project Malaysia 2013 Adventure pada 24 hingga 30 Julai 2013 di Gunung Pulai 2, Pekan Nanas Pontian.

Seramai 25 orang peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas Hong Kong akan menyertai kem ini. Sekolah-sekolah yang tersenarai dalam menjayakan program tersebut ialah SMK Bandar Tenggara (4 peserta), SMK Tunku Abdul Rahman Putra (3) dan SMK Indahpura 1 (3).

Peserta Tahap Perak 2012 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara yang berjaya terpilih ialah Nur Aqilah Ahmad, Hakim Azman, Nur A'fiezah Zulcapele dan Afifah Ayob.

Link ke : Program Pengantarabangsaan
Sila kunjungi laman blog : rakanmudasmkbt.blogspot.com