MENU UTAMA

23 January, 2013

PEMIMPIN MUDA SEKOLAH MELAFASKAN IKRAR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

21 Januari 2013 (Isnin): Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM)

Ikrar Pengawas, Pusat Sumber dan Majlis Perwakilan Pelajar
Pengiktirafan yang tinggi diberikan kepada jawatankuasa tertinggi Pengawas, Pusat Sumber dan Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPPPU) dalam satu majlis yang gilang gemilang pada perhimpunan pelajar pagi ini. Penyerahan surat perlantikan itu telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah Inspektor Abdullah Amin Shamin Ahmad. .

Pegawai Perhubungan Sekolah


Pengetua, Tuan Hj Armas Darusman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Rashid Muhidin ditemui berkata seramai 27 orang pelajar telah dilantik sebagai pengawas pada tahun ini. Adam Azman, pelajar Pra Universiti telah terpilih untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Pengawas dan dibantu oleh penolongnya, Nur Amalina Izzati Ahmad Kamar.

Penolong Kanan Pra Universiti, Mohd Pozi Kemin pula berkata seramai 23 orang telah dilantik menjadi exco pra universiti pada tahun ini. Presidennya ialah Ariff Farhan Zainal Abidin dan naib presiden, Nur Amalina Amani Jumat telah diberikan kepercayaan untuk menggalas tugas Majlis Perwakilan Pelajar Pra Univeristi.

Guru Media dan Perpustakaan Noor Asmah Ramly, melaporkan, ketua Pengawas Pusat Sumber telah disandang oleh Nur Zihan Yahya manakala pembantunya ialah Nurul Nabila Md Zul. Seramai 17 orang pelajar telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber tahun ini.

Turut hadir dalam majlis perlantikan ini ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib; PK Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin; Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi; Penolong Kanan Pra Universiti, Mohd Pozi Kemin, semua Guru Kanan Matapelajaran, Hjh Sawilah M.Auf (Vokasional dan Teknik), Hjh Hamimah Yunus (sains dan Matematik), Hjh Hayati Abdullah (Bahasa) dan Hjh Hasnah Kasnan (Sains Sosial), guru-guru kaunselor, Hj Khairudin Abu Nawas, Salmah Othman, Norida Sidek dan Yuniza, guru Perpustakaan dan Media, Noor Asmah Ramly, guru matapelajaran dan pelajar-pelajar.

Ikrar Pelajar

Jawatankuasa MPPPU dan Pusat Sumber Sekolah

  

PENCAPAIAN PASUKAN MERENTAS DESA SEKOLAH DI PERINGKAT MSSD KULAIJAYA

18 Januari 2013: Hutan Bandar, Bandar Putera

Khairul Aimie bersama peserta SMK Bandar Tenggara

Nur Elley Shuhada Mohd Azali hanya berjaya mendapat tempat ke-17 dalam saingan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya Tahun 2013. Manakala Mohamad Akrimi Mahazir, Lelaki 18 berjaya mendapat tempat ke-21. Seramai 254 peserta telah terlibat dalam kejohanan ini.

Setiausaha sukan SMK Bandar Tenggara, Ahmad Nazri Selamat ditemui berkata, seramai 8 peserta daripada sekolah ini telah dihantar ke kejohanan tersebut. Mereka ialah Mohd Akrimi Mahazir, Mohamad Saiful Abd Rahman di bawah kategori lelaki 18 tahun, Nurul Ainun Afiqah Aziz, Zafira Erna Khamis (P18), Muhamad Arif Abd Nahar, Wan Mohamad Faris Wan Ahmad (L15) manakala kategori perempuan 15 tahun terdiri daripada Nur Adelina Ramli dan Nur Elley Shuhada Mohd Azali.

Turut terlibat ialah guru-guru pengiring pasukan sekolah, Aidil Shamin Abd Razak, Munirah Sidek, Nuru Shuhada Mohd Nor dan Khairul Aimie Ahmad Termizi.

BERITA DAN KEPUTUSAN PENUH

20 January, 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSS DAERAH KULAIJAYA


19 Januari 2013: Hutan Bandar, Bandar Putera Kulaijaya
" Sukan Untuk Kecemerlangan"

Kejohanan Merentas Desa MSS daerah Kulaijaya

SM Foon Yew- Juara Keseluruhan
Kejohanan Merentas Desa Majlis Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya Tahun 2013 kali ini dimenangi oleh SM Foon Yew dengan memunggut 6 mata penuh. Sekolah tersebut telah memperolehi mata tertinggi dalam kategori Lelaki 18, Perempuan 18 dan 15 tahun mendahului 16 buah sekolah menengah daerah Kulaijaya. Pada kejohanan kali ini hanya empat kategori telah dipertandingkan dan seramai 254 orang peserta terlibat.

Dalam kategori Lelaki 15 tahun, SMK Kota Kulai mendapat tempat pertama dengan memunggut 83 mata kemudian diikuti oleh SMK Kulai Besar (85 mata) dan SM Foon Yew (87 mata). Manakala kategori Lelaki 18 Tahun, SM Foon Yew (29 mata) mendapat tempat pertama, diikuti SMK Senai (55 mata) dan SMK Tunku Abdul Rahman Putra (87 mata).

Dalam kategori Perempuan 15 tahun pula, SMK Foon Yew (16 mata) mendapat tempat pertama mengalahkan SMK Kota Kulai (42 mata) dan SMK Kulai Besar (84 mata) . Manakala kategori Perempuan 18 Tahun, SM Foon Yew (14 mata) mengalahkan SMK Taman Puteri (63 mata) dan SMK Sultan Ibrahun (68 mata).

Pengetua SMK Bandar Potra, Azman Adnan menyampaikan Piala Kejohanan Merentas Desa
MSS Daerah Kulaijaya Tahun 2013.
 Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Putera, Azman Adnan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penyelia Sukan PPD Kulaijaya, Abdul Talib Daud, semua GPK Kokurikulum, setiausaha sukan dan jawatankuasa kejohanan sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya.

Keputusan penuh :-
(SMK Bandar Putra, Kulaijaya)


   

   

Peristiwa semasa dan sebelum merentas desa.

Majlis penyampaian hadiah


HARI INTERAKSI IBU BAPA

18 Januari 2013 : Dewan Permata
Interaksi Ibu Bapa dan guru

Sedang dikemaskinikan....