MENU UTAMA

12 January, 2013

14 PESERTA PERAK MENGIKUTI BENGKEL TAHAP EMAS PERINGKAT NEGERI JOHOR

12 Januari 2013: Peserta Bengkel dari SMK Bandar Tenggara


14 orang peserta Tahap Perak dari SMK Bandar Tenggara
Seramai 50 peserta dari seluruh negeri Johor terpilih untuk mengikuti Bengkel Pengurusan Reamaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor bermula pagi ini.

Penyelaras program ARPRM peringkat sekolah Hafilah Hamzah ditemui berkata, seramai 14 orang peserta Tahap Perak dipilih untuk mengikuti perbengkelan tersebut. Bagi yang belum menyertai, peluang sentiasa terbuka pada masa akan datang.

Peserta Tahap Perak kumpulan ini terdiri daripada Ummi Nadzirah Omar, Nur Aqilah Ahmad, Nur Syakila Ses, Muhammad Amirul Syafiq Azman, Siti Farah Mohd Moslihen, Siti Nur Alia Ta'alip, Nurul Khaira Khairi, Nurul Azwa Mohd Sharif, Murul Shahira dan pasangan kembarnya Nurul Shahira Majid, Nurul Nabila M.Zul, Nurul Shamella Tamirin, Nur Atikah Abu Hassan dan Nur Hidayah Roslan.

Mereka akan mempelajari aspek-aspek pengurusan, perancangan dan perekodan Tahap Emas, membuat dan menyiapkan kertas kerja serta membuat pembentangan pada akhir sesi perbengkelan. Penilaian dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Kementarian Belia dan Sukan Malaysia.

Turut hadir, GPK Kokurikulum, Ahmad Survi dan tiga orang guru pengiring iaitu Hafilah Hj. Hamzah, Ahmad Nazri Selamat dan Mustafa Yunos.

Lihat Blog Rakan Muda SMK Bandar Tenggara

10 January, 2013

BEBERAPA PERUBAHAN AKTIVITI JANUARI 2013

9 Januari 2013 : Maklumat Perubahan Aktiviti

Kejohanan Merentas Desa Kali Ke-5 Tahun 2013 yang dijadualkan pada 10 Januari 2013 (Khamis) dipinda pada 16 Januari 2013 (Rabu) melalui keputusan Mesyuarat Khas yang lalu bersama pengetua SMK Bandar Tenggara, Tuan Hj Armas Derusman.

Beberapa perubahan juga berlaku termasuklah Mesyuarat Agung Persatuan Badan Beruniform dan Mesyuarat Agung Persatuan dan Kelab serta Mesyuarat Agung Sukan dan Permainan.

Sila lihat (klik) jadual di bawah.
Tunjukkan mouse pada jadual, klik butang kanan dan pilih open image in a new tab. Jadual tersebut boleh dibesarkan untuk lebih jelas.



.