MENU UTAMA

06 November, 2012

KONVENSYEN PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

3 November 2012 : Hotel Traders Muar

YB Tuan Hj Md Jais Sarday 
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, YB Hj Md Jais Sarday disambut dengan penuh istiadat ketika sampai di Hotel Traders Muar bersempena Majlis Pertaulihan Anugerah Remaja Perdana Tahap Perak Tahun 2012.

Penganjuran majlis pertauliahan tahap Perak buat kali ke-3 tahun ini adalah  kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Majlis seumpama ini menjadi satu motivasi kepada murid/pelajar sekolah untuk bergiat aktif dan berfokus dalam semua aktiviti kokurikulum di sekolah masing-masing.

Program ini lebih dikenali dengan nama the International Award for Young People dan telah dilaksanakan di 132 buah negara dengan penyertaan lebih tujuh (7) juta belia di seluruh dunia.

Pemimpin ARPRM Sekolah, Ahmad Survi, Hafilah Hamzah,
Hjh Muzayanah Sumrah dan Noraziah Shafie 
Pemimpin ARP Rakan Muda Sekolah, Ahmad Survi ditemui berkata penilaian 10% markah kokurikulum adalah penting kepada semua murid dan pelajar. Bermula daripada tingkatan satu hinggalah tingkatan enam atas diwajibkan untuk terlibat dalam unit pasukan beruniform, kedua persatuan/ kelab dan ketiga sukan/ permainan.

Katanya lagi, purata dua markah tertinggi daripada 3 elemen kokurikulum itu akan dicampurkan dengan markah tambahan (bonus). Ini termasuklah markah bonus yang diperolehi oleh murid/pelajar jika mereka menyertai badan organisasi sekolah seperti pengawas atau pusat sumber atau majlis perwakilan pelajar dan lain-lain organisasi sekolah.

Program ARP Rakan Muda juga merupakan salah satu penyumbang kepada markah bonus murid/pelajar seperti mana yang termaktub dalam Buku Panduan Penilaian 10% Markah Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh yang demikian pencapaian mereka dalam 10% markah kokurikulum bagi tahun semasa mungkin akan meningkat daripada pangkat C kepada B atau B kepada pangkat A.

Tambahnya lagi, murid Tingkatan Satu (1) sekarang ini dinilai dengan lebih adil dan terperinci secara 'online' dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Berita Majlis Penganugerahan Tahap Perak 2012

Penyelia Kokurikulum, Daerah Kulaijaya, Johan Hj Nasir
bersama isteri dan anaknya penerima tahap Perak 2012

Nur A'fizah Zulcaplele antara penerima tahap Perak
termuda tahun ini.

Penerima pingat tahap Perak 2012

wajah-wajah ceria

Menunggu giliran untuk pertauliahan
80 penerima anugerah tahap Perak 2012

Barisan guru pemimpin ARPRM SMK Bandar Tenggara