MENU UTAMA

03 September, 2012

WASIAT BANGSA MENGGEGARKAN STADIUM KULAIJAYA

31 Ogos 2012: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-55 di Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya


Zolkeplee Jemadar
Mendeklamasikan Sajak - Warisan Bangsa


Wasiat Bangsa
Zol Akhasya (Cikgu Zolkeple Jemadar)

Inilah wasiat bangsa
Tetap terpasak berpaut pada laman merdeka
Irama lagunya indah terkata
Namun ke mana sebenarnya kita

Dengarlah wahai anak pewaris bangsa keramat;
Kita pernah disegah dengan senjata
Kita pernah dirobek isi emas bumi pertiwi
Kita pernah dirakus dengan maruah terinjak ke bumi
Kita pernah hanyut mencipta laman merdeka
Kita pernah lolos peradaban bangsa
Terkunci pancaindera tika mencipta setanggi merdeka

Mari kita berpimpin tangan dengan Abang Tuah lima bersaudara
Mari kita berpimpin tangan dengan Datuk Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau
Mari kita berpimpin tangan dengan Dato Onn  Jaafar, Tan Cheng Lock, Tun Sambatan
Biar nanti tetap tersenyum…mekar syahdu merdeka

Ingatlah wahai anak-anakku
Inilah bumi kita dan inilah tanah kita
Kalau kita tidur, biarlah kita lena pada tanah kita
Kalau kita berkubur biarlah kubur kita bertanda kerana ini bumi  kita

Inilah waris bangsa;
Jangan biarkan kita kehilangan bangsa
Jangan biarkan kita menjadi budak hamba nestapa
Jangan biarkan  kita dipersenda pada nama agama
Jangan biarkan kita dipersenda pada bahasa      
Jangan biarkan kita kehilangan daerah tercinta
Jangan biarkan anak warisan menumpang rasa
Jangan biarkan kit mati tidak bertanda
Jangan biarkan kita mati tidak bertalkin
Kerana inilah tanah kita, ini daerah kita, ini Negara kita

Aturkan nafas pada silangkata merdeka
Jangan songsang nawaitu bangsa
Kerana kita pernah terluka
Kerna kita pernah merdeka

Marilah kita tanam benih gigih dari pengalaman semalam
Kita menjejak akar budaya
Kita bina barisan raksasa kerangka bangsa
Kita bina generasi nilam terbilang maruah
Kita kuburkan sejarah hitam tergadai
Kita pusarkan petualang durjana
Kita bina kemenangan berpanjangan
Pada satu semangat perwira nusa pusaka
                Wasiat ini adalah wasiat bangsa
                Abadi buat anak merdeka
Disalin semula oleh,
abs

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2012

31 Ogos 2012: Pasukan Kadet Polis (Puteri)

Pasukan Kadet Polis
SMK Bandar Tenggara

Pasukan Kadet Polis (putri), SMK Bandar Tenggara berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara perbarisan Sempena Sambuta Hari Kemerdekaan Kali ke-55 Tahun 2012.


Pn Azlina Abu Bakar, Guru Penasihat Pasukan Kadet Polis (puteri)