DIPLOMA ANTARABANGSA PENDIDIKAN JASMANI
Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani bagi Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Guru-guru
Sukan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia ini merupakan satu program
kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan United States Sports
Academy.
![]() |
Kumpulan D : 11-15 Julai 2012 di Sekolah Sukan Tunku Ismail Mahkota Bandar Penawar, Kota Tinggi |
Kumpulan Sasaran:-
- Guru-guru di bawah umur 45
tahun, cergas, sihat serta mampu mengikut amali dan terlibat secara aktif
dalam bidang kejurulatihan sukan dan pengajaran Pendidikan Jasmani
- Guru-guru di pusat latihan
daerah dan sekolah sukan negeri
- PPP di Institut Pendidikan
Guru, Bahagian, Jabatan dan Daerah
Matlamat dan Objektif:-
- Meningkatkan ilmu pengetahuan
dan kefahaman tentang aspek sains dan pendidikan jasmani
- Meningkatkan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan jasmani
Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pakar-pakar dalam bidang
pendidikan jasmani dan sains sukan dari Fakulti US Sports Academy kecuali
subjek keperluan MQA yang akan diajar oleh tenaga pengajar tempatan.