MENU UTAMA

19 July, 2012

KARNIVAL SUKAN PRAUNIVERSITI MEMENUHI KEPERLUAN 1MURID 1SUKAN

17 Julai 2012: Sukan mengiratkan lagi hubungan siratulrahim antara guru dan pelajar.

Tiga elemen utama dalam bidang kokurikulum terbahagi kepada tiga iaitu pasukan badan beruniform, persatuan dan kelab serta sukan dan permainan.

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Aktiviti sukan adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan murid.

Kejayaan Karnival Sukan Prauniversiti pada Rabu lepas amat membanggakan, kata, Penolong Kanan  Tingkatan Enam, Mohd Pozi Kemin. Semua pelajar dan guru Tingkatan Enam bekerjasama dalam menjayakannya.

KEPUTUSAN KARNIVAL SUKAN
Sedang dikemaskinikan....

16 July, 2012

KEJAYAAN CEMERLANG SEKOLAH BUAT DAERAH KULAIJAYA DALAM PERBAHASAN DAN PIDATO PERINGKAT NEGERI JOHOR

14 Julai 2012: SMK Tun Mamat, Tangkak Muar

Johan Bahas PraUniversiti Peringkat Negeri Johor
dari pasukan SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya
Adam Azman (kiri), Juara Pidato Peringkat Negeri
dari SMK Bandar Tenggara
Kejayaan cemerlang pasukan pembahas dari SMK Bandar Tenggara di bawah bimbingan Hafilah Hamzah pada Karnival Pelajar Prauniversiti Ke-5 Peringkat Negeri Johor menaikkan lagi nama sekolah di peringkat negeri apabila menjuarai pertandingan bahas buat kali pertama tahun ini.

Muhammad Haffiz M.Ramlee (kiri), selaku Perdana Menteri (ketua pembangkang) telah muncul sebagai pembahas terbaik peringkat negeri Johor sekali gus menaikkan nama daerah Kulaijaya.

Manakala Adam Azman dinobatkan sebagai pemidato terbaik peringkat negeri Johor dalam karnival tersebut. Adam akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan di Selangor nanti.

Tajuk perbahasan pada peringkat akhir ialah "Modal insan berkualiti lahir daripada disiplin kendiri yang tinggi" berjaya dibidas dengan baik oleh pasukan pembangkang yang terdiri daripada Nurul Shazwanie Nordin (menteri kedua), Nurul Ain Ismail (menteri ke-3) dan Mohamad Azrin Mohamad Baharudin (menteri ke-4) sekali gus menewaskan pasukan pencadang dari daerah Muar selaku pihak kerajaan. Turut menjadi pembangkang dan membantu pasukan sekolah sehingga menjadi juara ialah Amirul Eakmal Ibrahim, Izzati Ahmad Kamar dan Khairunnisa Amani Khairudin.

Guru pembimbing, Hafilah Hamzah ditemui berkata, buat kali pertama dalam sejarah, pihak pembangkang berjaya mengalahkan pihak pencadang melalui sesuatu pertandingan. Katanya lagi, kejayaan ini adalah disebabkan ketajaman fikiran setiap pembahas sekolahnya, mematahkan hujah-hujah bernas dari pihak pencadang. Sebelum itu pihak pembangkang membuat beberapa kajian melalui pelbagai media, bahan cetak dan sumber daripada internet. Fakta-fakta tersebut diperdebatkan di kalangan mereka sendiri dan mencari idea terbaik untuk membidas.


Pengarah Pelajaran Johor, yang berusaha Mohd Nor A.Ghani telah merasmikan Karnival Pelajar Prauniversiti Ke-5 Peringkat Negeri Johor. Turut hadir Pengerusi Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan Enam Johor, Hj Rozali Jemali.

Turut sama membantu pasukan sekolah dalam mencapai kejayaan cemerlang itu di peringkat negeri Johor ialah guru-guru Tingkatan Enam, Zahiah Hamzah, Faridah Abdullah, Hamzah Rahman Soriat dan Hjh Muzayanah Sumrah yang berpengalaman dalam bidang bahas dan pidato.


KEPUTUSAN PERBAHASAN:
Johan : Kulaijaya
Naib Johan : Muar

Guru, pembahas, pemidato bersama wakil PPD Kulaijaya

Pemidato, pembahas bersama Hjh Muzayanah Sumrah,
Hafilah Hamzah, Zahiah Hamzah dan Hamzah Rahman Soriat
 KEPUTUSAN PENUH PIDATO:

Johan : Kulaijaya

Naib Johan : Kota Tinggi

Ketiga : Segamat

Keempat: Pontian 


KRONOLOGI KEJAYAAN SEKOLAH (KULAIJAYA)
Tarikh : 11 Julai 2012
Tajuk : Aktiviti Kokurikulum Membentuk Jati Diri Pelajar PraUniversiti.
Pencadang : Kulaijay
Pembangkang : Pasir Gudang

Tarikh : 13 Julai 2012 - SUKU AKHIR
Tajuk : Pelaburan asing Penjana Ekonomi Negara
Pencadang : Kulaijaya
Pembangkang : Batu Pahat.



Tarikh : 14 Julai 2012 - SEPARUH AKHIR
Tajuk : Perpaduan Asas Kemenjadian Bangsa Malaysia.
Pencadang : Kulaijaya
Pembangkanag : Pontian


Tarikh : 14 Julai 2012- AKHIR
Tajuk : Modal Insan Berkualiti Lahir Daripada Disiplin Kendiri Yang Tinggi
Pencadang : Muar
Pembangkang : Kulaijaya

KEPUTUSAN
JOHAN : Daerah Kulaijaya
NAIB JOHAN : Muar