MENU UTAMA

21 June, 2012

KULAIJAYA JUARA KESELURUHAN KOMPANG FORMASI NEGERI JOHOR

21 Jun 2012: SMK Tunku Husin, Mersing

Daerah Muar muncul menjadi juara dalam Pertandingan Kompang Formasi Peringkat Negeri Johor kategori sekolah menengah sekali gus menggagalkan pasukan kompang SMK Bandar Tenggara, untuk mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.

Buat kali pertamanya tahun ini, daerah Kulaijaya menjadi juara keseluruhan apabila pasukan kompang Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1, mewakil daerah Kulaijaya berada pada tempat kedua kategori sekolah rendah.

Sebanyak 19 buah sekolah telah terlibat mewakili daerah masing-masing iaitu Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Muar, Kulaijaya, Segamat, Mersing, Pasir Gudang dan Kluang. Pasukan yang menjadi juara kategori sekolah randah dan menengah akan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, kata Penolong Pengarah Seni, Muzik dan Kebudayaan, Jabatan Pelajaran Johor.

18 June, 2012

WATIKAH PERLANTIKAN KENARI 2012

18 Jun 2012: Dewan Permata
Pengerusi KENARI,
Muhammad Fakhulradzi Mohd Fauzi
Majlis Watikah Perlantikan KENARI telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib di Dewan Permata pagi tadi. Pergerakan masuk semua ketua, penolong, bendahari dan setiausaha kelas diiringi dengan paluan kompang dan menerima tepukan gemuruh sejurus memasuki pintu dewan. Malis yang dihadiri oleh 780 orang pelajar dan 82 guru sekolah ini menjadi saksi kepada majlis yang julung-julung kalinya diadakan tahun ini.

17 June, 2012

KAYUHAN SANTAI - BTec

17 Jun 2012: BTec (Bandar Tenggara Cycling Club) - Kayuhan Santai

Pengerusi BTec, Khairulnizam Mohd Yusof, ditemui berkata kayuhan berbasikal sejauh 48 kilometer pergi balik dari Kolej Komuniti ke Felda Bukit Ramun pada hari cuti minggu ini mendapat sambutan yang baik dari warga SMK Bandar Tenggara dan ibu bapa. Seramai 25 orang telah terlibat. Persingahan pertama ialah di Felda Sungai Sayong, manakala kedua ialah di simpang Kota Tinggi  Bukit Ramun.

Guru baru SMK Bandar Tenggara, Munirah Md Sidek dan Hanifatiza Mohd Yusoff walau pun kali pertama mereka terlibat dalam kayuhan berbasikal sejauh ini, mereka telah berjaya menamatkan kayuhan dan masih dapat melemparkan senyuman ketika sampai ke Kolej Komuniti.

Matlamat dan objektif kayuhan ini ialah untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal, mental serta mengiratkan lagi ikatan siraturrahim yang sedia terjalin di antara guru, murid dan ibu bapa. Di samping itu juga meningkatkan motivasi diri ke arah yang lebih baik dengan melakukan aktiviti riadah. Badan sihat minda cergas menjadi objektif kayuhan kami.

Kayuhan ini juga disertai oleh seorang murid Pendidikan Khas, Nasrulhadi Ses yang menuggang basikal fiksi.  yang telah diubahsuai untuk kayuhan di jalan raya (on road). Katanya, saya akan bergiat aktif dalam aktiviti berbasikal jika diberi peluang.

Peserta kayuhan;
Abd Razak Saat, Man Rajuan Geoh, M.Nurhazman Lokman, Ahmad Survi, Khairulnizam Mohd Yusof, Aidil Shamin Abd Razak, Ahmad Nazri Selamat, Hasry Mustakim, Hakim Azman, Muhd Akmal Masral, Nasrulhadi Ses (pendidikan khas), Sudarma Dugal, Natra Mohd, Salmah Othman, Nur Izzati Husna Rosli, Munirah Md Sidek, Hanifatiza Mohd Yusoff, Man Pengeli, Rohaya dan anaknya,  Anili Fasha Mahadi dan Siti Hanizan Samsuri. Suriati Alias bertugas sebagai marshall berkenderaan.