MENU UTAMA

02 May, 2012

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM KATEGORI AGENSI KETAJAAN (GO) PEREMPUAN PERINGKAT NEGERI JOHOR

2 Mei 2012 : Perasmian Penutup di Todays Mall, Tiram
Ketua Unit Kokurikulum JPNJ
Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir

Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir menutup rasmi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Kategori Agensi Kerajaan -GO (perempuan) Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 di Todays Mall, Ulu Tiram, Johor petang ini.

Dalam ucapan beliau, objektif utama pertandingan ini ialah untuk melahirkan pelajar yang bersisiplin, berletrampilan dan berwibawa melalui aktiviti kawad kaki. Tambahnya, tahniah kepada pasukan yang menang dan syabas kepada yang tidak berjaya. Semua pasukan telah menunjukkan persembahan yang terbaik.

PASUKAN KADET POLIS (PUTERI) SMK BANDAR TENGGARA MEWAKILI DAERAH KULAIJAYA KE PERTANDINGAN KAWAD PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012

2 Mei 2012 : Today's Mall, Tiram Johor

Pasukan Kadet Polis (Puteri) SMK Bandar Tenggara
Pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim, GPK Pentadbiran, Pn Anim Mohamed Jaib,
GPK HEM, En Rashid Muhidin dan GPK Kokurikulum, En Ahmad Survi

Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Kategori Agensi Kerajaan (GO) Perempuan Peringkat Negeri Johor 2012 diadakan di Todays Mall, Tiram, Johor.

BENGKEL PEMANTAPAN PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI JOHOR

29 Aprl 2012: Pertauliahan Guru Pemimpin melalui perbengkelan

Penceramah Bengkel
Pemimpin ARPRM Johor
Pengarah Belia dan Sukan Negeri Johor, Mohd Nor Mohd Said merasmikan Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Bengkel Pemantapan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di Dewan Teratai, Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor.

Bengkel kali ini disertai oleh seramai 35 orang peserta. Objektif utama bengkel tersebut ialah memberikan pendedahan kepada guru-guru pembimbing di sekolah, pengerak Rakan Muda, badan-badan NGO's
mengenai halatuju dan pelaksanaan ARPRM di negeri Johor. Setelah itu jaringan hubungan di antara pemimpin, mentor, jurulatih dapat dijalinkan.

Peserta-peserta bengkel menerima taklimat mengenai prinsip dan falsafah ARPRM, pelaksanaan ARPRM di sekolah, struktur organisasi di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa, perancangan aktiviti, perekodan dan penilaian Gangsa, Perak dan Emas dan diakhiri dengan sesi pembentangan oleh setiap kumpulan.

01 May, 2012

KARNIVAL PERPADUAN MESRA RAKYAT DI BANDAR TENGGARA

29 April 2012: Gabungan DUN Panti, DUN Pasir Raja dan Parlimen Tenggara
Pasukan Kompang SMK Bandar Tenggara

Penduduk Bandar Tenggara, pasti amat bertuah dengan kunjungan ADUN PANTI, YB Dato' Haji Baderi bin HJ Dasuki dalam program Karnival Perpaduan Mesra Rakyat yang diadakan di perkarangan gelanggang tenis KEJORA. Beliau turut menyeru orang ramai agar bersatu padu demi kesejahteraan dan kestabilan negara.

Dalam kunjungan ke Bandar Tenggara ini, beliau melawat ke lokasi pertandingan antara  DUN Panti, DUN Pasir Raja dan Parlimen Tenggara di padang dan gelanggang serbaguna SMK Bandar Tenggara. Antaranya ialah bola sepak (berkait batik), futsal padang,
bola jaring dan polo basikal. 



GPK Kokurikulum, Ahmad Survi ditemui berkata semua acara berjalan dengan lancar dan berjaya. Katanya lagi, pertandingan-pertandingan tersebut mendapat kerjasama daripada para hakim pertandingan futsal, Khairulnisa Nashuri dan Mod Pozi Kemin, bola sepak, Halim Rahman dan polo basikal, Aidil Shamin Abd Razak.

Karnival Perpaduan Mesra Rakyat ini diisi dengan pelbagai aktiviti umpamanya J. Robik, persembahan kawad kaki oleh Sekolah Rendah Bandar Tenggara 1, Kadet Polis (puteri) SMK Bandar Tenggara 2, kompang berirama, sukanika, nyanyian karaoke, ramah mesra dengan cabutan bertuah.    

30 April, 2012

KEPUTUSAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA 2012

30 April 2012 : Pertandingan Kawad Kaki

LAPORAN PENUH SILA KUNJUNGI BLOG KAWAD KAKI DAERAH KULAIJAYA

25 April 2012 : Penutupan rasmi oleh PPD Kulaijaya

Yang Berusaha Datin Hjh Hasnah Md Sem
Pegawai Pelajaran Daerah,
Daerah Kulaijaya

KULAIJAYA 25 April - BERMULA dengan penubuhan pasukan beruniform di sekolah-sekolah, Unit Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK) berjaya menganjurkan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah-sekolah menengah dan rendah sejajar dengan tuntutan pendidikan semasa. Program yang dilaksanakan ini adalah sejajar dengan visi dan misi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya iaitu " Sekolah Unggul Generasi Terbilang" dan " Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti."

Pegawai Pelajaran Daerah, Datin Hjh Hasnah Md Sem berkata, bagi melahirkan modal insan berketrampilan, kawad kaki merupakan salah satu program pendidikan dan latihan berteraskan empat aspek penting iaitu pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Melalui empat aspek tersebut, penekanan diberikan kepada komponen asas latihan kawad kaki yang menekankan tiga dimensi iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk melahirkan murid yang bukan sahaja berdaya saing tetapi mempunyai nilai integriti dan sahsiah yang tinggi." katanya.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Bandar Tenggara 2, johan kategori Kadet Remaja Sekolah lelaki dan perempuan. Manakala SMK Sultan Ibrahim dan SMK Bandar Tenggara johan kategori badan kerajaan (GO), SMK Bandar Tenggara 2 dan SMK Sultan Ibrahim johan kategori badan bukan kerajaan (NGO). Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya diketuai oleh ketua hakim dan pembantu, Abdul Jalil Ahmad, kategori Kadet Remaja Sekolah, Jalil Buyadi, badan kerajaan, Mohd Zakir Ahmad, badan bukan kerajaan dan ketua hakim audit, Azrul Nizam Abdul Rahim.

Turut hadir pada majlis penutupan tersebut ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Shahat Md Shah, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kulai, Penyelia Kokurikulum, Johan Hj Nasir, pengetua-pengetua, penolong kanan kokurikulum dan guru-guru penasihat pasukan badan beruniform sekolah.