MENU UTAMA

25 February, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA KE-2, MSSD KULAIJAYA KALI KE-30 TAHUN 2012

24 Februari 2012 : Kulaijaya Gemilang Suatu Impian

PPD Kulaijaya, Tuan Hj Fauzan Bin Sukimi

Ucapan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan dari Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Tuan Haji Fauzan Sukimi kepada semua jawatankuasa pengelola di bilik mesyuarat petang ini. Beliau berpuas hati setelah semua jawatankuasa membentang dan melaporkan bidang tugas masing-masing bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kulaijaya Kali Ke-30, yang akan diadakan di Stadium Tenggara, Bandar Tenggara pada 29, 1,2 dan 3 Mac 2012.

Ahli Parlimen Tenggara, Yang Berhormat Datuk Halimah Sadique, akan menutup rasmi kejohanan itu pada hari terakhir, kata beliau. Oleh itu persiapan semua jawatankuasa mestilah pada tahap yang tinggi dan cemerlang. Beliau berkeyakinan penuh kepada kepimpinan setiausaha kejohanan, Abdull Talib Daud (Penyelia Sukan Daerah) dan pembantunya, Muhamad Nadzrin Muhamad Nor (SMK Bandar Putra) dan Azhar Mohamad serta semua jawatankuasa pengelola yang telah dilantik.


Gagasan PPD Kulaijaya,
Tn Hj Fauzan Sukimi


PPD mempengerusikan mesyuarat

Jawatankuasa Pengelola

Agenda Mesyuarat:-
1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan JK Pengelola.
3. Hal-hal lain.


JAWATANKUASA PENGELOLA
1 SMK SULTAN ALAUDDIN KHEMAH
2 SMK BANDAR TENGGARA URUSETIA
3 SKM MUNSHI ABDULLAH PERTOLONGAN CEMAS
4 SMK KELAPA SAWIT BUKU PROGRAM
5 SMK BANDAR PUTRA SERANTA
6 SMK SENAI HADIAH/CENDERAMATA
7 SMK TARP TAJAAN DAN DERMA
8 SMK INDAHPURA(1) PEMBUKAAN DAN PENUTUP
9 SMK KOTA KULAI KEPEGAWAIAN
10 SMK TAMAN PUTRI MINUMAN PEGAWAI/ PEMBANTU
11 SMK BANDAR TENGGARA 2 PERALATAN DAN TEKNIK
12 SMK KULAI BESAR HIASAN/ KEMUDAHAN VIP
13 SMK KANGKAR PULAI PENGGAMBARAN/DOKUMENTASI
14 SMK SSI KAWALAN/ KESELAMATAN
15 SMK SRI PINANG MARSYALL/ PENGINAPAN 2
16 SMKPKV INDAHPURA PENGANGKUTAN
17 SK SINAR BAHAGIA KEBERSIHAN
18 SK SUNGAI SAYONG P.A SISTEM
19 SK BUKIT BESAR JAMUAN/KERAIAN
20 SK BANDAR TENGGARA 2 JEMPUTAN/SAMBUTAN/PROTOKOL
21 SK BUKIT RAMUN KEBERSIHAN
22 SK BANDAR TENGGARA 1 KEMUDAHAN ICT
23 SK(LKTP) BUKIT BATU PEMILIHAN/PENILAIAN
24 SJKC KULAI 1 KEBERSIHAN
25 SJKT KELAN  KEBERSIHAN
27 SMK BANDAR TENGGARA 2 PENGINAPAN 1
28 SK(F) SG SIBOL ALATAN (KERUSI/MEJA)

URUSETIA KEJOHANAN DAN PERANGKAAN

22 Februari 2012 : Mesyuarat Pengurus Pasukan


Pengurus Pasukan Sekolah-sekolah Daerah Kulaijaya




GIMNASTIK MSSJ

22 Februari 2012 : Gimnastik

Pasukan Gimnastik Sekolah

Pasukan gimnastik sekolah di bawah jurulatih Saipi Halidin memburu kejayaan dalam apabila berjaya mewakili daerah Kulaijaya ke Kejohanan Gimnastik Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor (MSSJ) bermula pada 22 Februari ini. Kita pernah mencipta rekod pada MSSJ tahun lepas.

Kita tunggu keputusan pada tahun ini. Harapan dan iringan doa dari seluruh warga SMK Bandar Tenggara kepada pasukan gimnastik sekolah untuk mencapai kejayaan cemerlang. Teruskan usaha.

SEPAK TAKRAW

21 Februari 2012 : Memburu Kejayaan MSS Daerah Kulaijaya

Pasukan Sepak Takraw Sekolah

Menjadi Johan menjadi matlamat utama pasukan sepak takraw sekolah di bawah bimbingan Guru Penasihat, Rohim Abd Rahman. Setiausaha Sukan Sekolah, Saipi Halidin ditemui berkata pasukan sekolah kita ada harapan untuk menang sekiranya setiap orang pemain dapat memberi fokus dalam pertandingan dan kurang melakukan kesilapan.

21 February, 2012

PERJUMPAAN PROFESIONALISME PPDKULAI

21 Februari 2012 : MENERIMA KUNJUNGAN 16 ORANG PENGETUA DAN 56 GURU BESAR

 
Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Hj Fauzan Sukimi disambut oleh pengetua, Tn Hj Mohmad Hashim setibanya di pintu masuk SMK Bandar Tenggara pagi tadi. Turut meraikan ketibaan tuan PPD ialah pengetua SMK Sri Pinang, Tn Hj Aminuddin Mohd. Sani; GPK Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib; GPK HEM. Rashid Muhidin dan guru-guru tingkatan enam.

Acara sambutan dimulakan dengan paluan kompang dari pasukan kompang sekolah. Manakala pelajar-pelajar pra-universiti berdiri di kiri dan kanan jalan mengucapkan selamat datang tuan.

Lawatan pertama beliau ke gelanggang serbaguna untuk menyaksikan permainan polo basikal dari jarak dekat. Beliau menerima penjelasan dari GPK Kokurikulum, Ahmad Survi tentang sukan baru yang telah diperkenalkan di sekolah ini semenjak tahun 2004.

 Persembahan seni silat oleh 11 pelajar dari pasukan silat sekolah memulakan pembukaan gelanggang. Azroy selaku ketua menutup salam sembah kepada PPD.

Tepukan gemuruh dari pelajar-pelajar tingkatan 6 dan tetamu yang hadir memberi pengiktirafan kepada  pasukan kawad kaki SK Bandar Tenggara 1. Sememangnya kejuaraan yang disandang selama 3 kali di peringkat kebangsaan membuktikan pasukan pengakap sekolah tersebut sememangnya hebat. Tahniah kepada Guru Besar, Yusof Hussein yang turut melihat anak muridnya membuat persembahan. Begitu juga GPK Kokurikulum, Hj Md Noor  dan Salam selaku guru pembimbing, peneraju kejayaan anak muridnya.

Seterusnya kompang formasi meneruskan persembahan. Pasukan di bawah bimbingan Pn Leha yang menjadi juara dalam pertandingan kompang fomasi peringkat negeri Johor.

Pengetua Sri Pinang, Tn Hj Aminuddin Mohd Sani; PPD Kulaijaya, Hj Fauzan Sukimi dan
Pengetua SMK Bandar Tenggara , Hj Mohmad Hashim


Pasukan Silat Sekolah

Persembahan Kawad Kaki
SK Bandar Tenggara 1

Persembahan Kompang Formasi

Persembahan Sukan Polo Basikal
SMK Bandar Tenggara

Menunggu ketibaan PPD Kulaijaya
Pasukan Kompang SMKBT
Paramusaji SMKBT di bawah bimbingan
Pn Mahani Parmin

Majlis sambutan ringkas yang disusun oleh GPK Pentadbiran, Anim Mohd Jaib berakhir apabila sahaja PPD Kulaijaya masuk ke Bilik Seminar untuk bermesyurat.

Aturcara Majlis

7.00 pagi
Pendaftaran

8.00 pagi
Ketibaan Tuan PPD Kulaijaya
Lawatan Demonstrasi Polo Basikal - Kelab Polo Basikal
Persembahan Silat - Pesilat SMKBT
Persembahan Kawad Formasi- SMK Bandar Tenggara

Minum pagi

9.00 pagi
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Nyanyian Lagu Didik, Kualiti Jaya
Bacaan Doa

Ucapan Aluan Pengetua
SMK Bandar Tenggara

Pembentangan Laporan:
1. Unit Pengurusan SPK
2. Unit Pengurusan Akademik
3. Unit Pengurusan Sekolah
4. Unit Pengurusan Kualiti
5. Unit Pengurusan Kualiti
6. Unit Psikologi dan Kaunseling

11.00 pagi
Ucapan En Shahat Bin Md Shah
Timbalan PPD

11.15 pagi
Ucapan Penggulungan dan Perasmian Penutup
Tn Hj Fauzan Bin Sukimi
PPD Kuilaijaya

Penyampaian Sijil

1.30 petang
Jamuan
Bersurai.

LATIHAN SEPAKTAKRAW SEKOLAH

18 Februari 2012 : Latihan bersepadu

"1Murid 1Sukan", laungan bakat-bakat baru dalam permainan takraw.


Belum dikemaskinikan....harap maaf

LATIHAN PASUKAN BOLA JARING SEKOLAH

18 Februari 2012 : Gandingan jurulatih berwibawa


Pengurus pasukan : Haniss Suzana dan jurulatih :Muzam Mohdi


Belum dikemaskinikan...harap maaf

MSSD KE-30 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

17 Februari 2012: KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE-30 TAHUN 2012
DI STADIUM TENGGARA, BANDAR TENGGARA


Penyelia Sukan PPD, Abdul Talib Daud

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kali Pertama


Belum dikemaskini...harap maaf

Sila kunjungan peristiwa tahun lepas:
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE-29 TAHUN 2011

Gambar kenangan tahun 2010 :
KEJOHANAN PADANG DAN BALAPAN KALI KE-28 TAHUN 2010