MENU UTAMA

04 January, 2012

TAKLIMAT 1 MURID 1SUKAN

Bandar Tenggara : 4 Januari 2012
Pembentang Dasar 1Murid 1Sukan,
Ahmad Nazri Selamat

Program Dasar 1Murid 1Sukan yang telah dibentangkan oleh Ahmad Nazri Selamat memulakan usaha warga pendidik untuk melaksanakan progran ini di peringkat sekolah. Guru-guru yang hadir didedahkan dengan matlamat, objektif, sumber kewangan, kekuatan sekolah, pemilihan jenis permainan dan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan.

Turut sama membentangkan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1 Sukan di peringkat sekolah ialah GPK Kokurikulum, Ahmad Survi. Beliau membuat perubahan dasar tahun ini. Antaranya ialah semua sukan permainan dan olahraga diuruskan oleh pengurusan rumah sukan.

Klik jadual di atas untuk paparan yang jelas.

Jadual ini telah dibentangkan kepada hadirin.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Bandar Tenggara : 4 Januari 2012 (Rabu)
Pengetua SMK Bandar Tenggara,
Tuan Hj Mohmad Hashim
Hari Pertama Persekolahan Tahun 2012 bermula hari ini. Majlis dimulakan dengan perhimpunan di Dewan Permata bermula pada jam 7.30 pagi. Selepas nyanyian lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah, semua warga SMKBT membacakan Ikrar Rukun Negara secara beramai-ramai. Bacaan itu diketuai oleh Shamsul Ihtihsham Musa, guru disiplin sekolah. Turut hadir dalam perhimpunan pertama ini ialah wakil rasmi Pejabat Pelajaran Daeah Kulai (PPD Kulaijaya) ialah Tuan Haji Abd Rahman Sapuan.


Dalam ucaptamanya, beliau mengingatkan semua pelajar agar mempunyai cita-cita yang akan menentukan masa depan sama ada berjaya atau sebaliknya. Harapan beliau, agar semua murid mempunyai niat untuk berjaya, ada visi dan rajin berfikir.


GPK Pentadbiran,
Pn Anim Mohamed Jaib
GPK Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib memulakan ucapan dengan memperkenalkan semua guru kepada murid/pelajar sekolah ini, diikuti dengan membentangkan jadual waktu persekolahan dan diakhiri dengan pengumuman pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011. Seramai 10 orang calon cemerlang PMR menerima sijil dan cenderamata daripada pengetua.

Sejumlah 155 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 5 calon mendapat keputusan 9A. Pencapaian keseluruhan dengan GPS 2.75 dan 74.84 % lulus semua mata pelajaran telah meletakkan SMK Bandar Tenggara pada kedudukan ketiga terbaik, selepas dua sekolah kawalan di daerah Kulaijaya, SMK Bandar Putra dan SMK Bandar Tenggara 2.

Seramai 800 pelajar hadir dalam Dewan Permata semasa
Perhimpunan Pertama Tahun 2012.

HARI KECERIAAN SEKOLAH

Bandar Tenggara: 3 Januari 2012

Masih belum dikemaskinikan.
Harap maaf.

PENDAFTARAN TINGKATAN SATU

Bandar Tenggara : 2 Januari 2012

Pengetua, Tuan Haji Mohmad Hashim
Menyampaikan ucapan dalam majlis Pendaftaran Tingkatan Sesi 2012.


Ustaz Ab Rahim Arshad, memimpin bacaan doa.
Ibu bapa bersama anaknya.
GPK Pentadbiran dan GPK HEM

Jawatankuasa Pendaftaran

Petugas, papan kenyataan menyemak senarai nama kehadiran.
Sebahagian petugas-petugas (pengawas)
membantu pengurusan pendaftaran murid tingkatan 1.

Pertemuan ibu bapa dengan guru kelas.



Koperasi Sekolah
Aktiviti : Jualan buku dan keperluan sekolah


Pengetua melihat jualan pakaian sukan.