MENU UTAMA

22 October, 2011

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI JOHOR DI SMK BANDAR PUTRA, KULAIJAYA

Kulaijaya: 22 Oktober 2011

Seminar Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor 2011 dan Majlis Pelancaran Jurnal Kajian Tindakan Tahun 2010 yang diadakan di Dewan SMK Bandar Putera, Kulaijaya telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor A.Ghani pagi ini.

Kulaijaya Gemilang Satu Impian yang diucapkan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Tuan Hj Fauzan Sukimi dalam ucaptamanya membuka lembaran baru kepada seluruh warga pendidik daerah Kulaijaya bagi menerajui satu lagi bentuk kajian secara ilmiah dan bersistematik berasaskan pengajaran dan pembelajaran bertapak di daerah Kulaijaya ini.

Turut serta dalam seminar tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah-daerah Negeri Johor, Pengetua-pengetua SM Daerah Kulaijaya, Guru Besar SR Daerah Kulaijaya, Penolong Kanan, Jurulatih Utama Kajian Tindakan, jawatankuasa pengelola, pembentang-pembentang kategori sekolah menengah dan rendah negeri Johor dan guru-guru sekolah menegah dan sekolah rendah daerah Kulaijaya.

Seramai 10 orang guru dari sekolah-sekolah menengah  dan 10 dari sekolah rendah negeri Johor telah membentangkan hasil kajiannya bermula pada jam 8.30 pagi di dua lokasi yang berbeza. Pemerhati-pemerhati dari kalangan guru juga turut hadir, dan lebih kurang 200 orang turut serta.

Matlamat
Memberi peluang kepada guru-guru untuk menjadikan kajian ilmiah yang berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada. Seminar seumpama ini menjadi satu platform untuk guru-guru mengemukakan hasil kajian secara sistematik dan holistik.

Objektif
Guru-guru di negeri Johor selepas ini akan dapat:-
1. Meneruskan kajian tindakan di sekolah berasaskan kepada pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenalpasti kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
3. Menggunakan peluang dan kekuatan untuk meninggikan prestasi kerja, berkongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dengan rakan sejawat.
4. Meningkatkan lagi perkongsian ilmu melalui penerbitan jurnal kajian tindakan.


Pembentangan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Johor

Pembentang Kajian Tindakan dari sekolah rendah:
1. Jamilah Ahmad SK Taman Kota Kulai, Kulaijaya
2. Faridah Mohd dan, SK Sri Paya, Batu Pahat
3. Sofazzara Adam, SK Kempas, Johor Bahru
4. Sharifah Norma Syed Jaafar,  SK Bukit Lintang, Kota Tinggi
5. Mohd Fadhil Omar, SK Punan, Kluang
6. Kalsum Mohamed, SJK (C) Pei Chiao, Pontian
7. Mohd rizal Abd Ghani, SK Terian, Mersing.
8. Noraini Soid, SK Seri Alam 2, Pasir Gudang
9. Cik Norbaizura Othman Badwai, SK Panjang Sari, Muar
10 Zalman Fitrie Othman, SK Bandar Putra, Segamat

Pembentang Kajian Tindakan dari sekolah menengah:
1. Norzalina aman, SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya
2. Siti Noor Aziah Muhammad Ariffin, SMK Kempas, Johor Bahru
3. Hafisah Abd Hamid, SMK Tanjug Datuk, Kota Tinggi
4. Siti Zarina Giman, MSK Pengulu Saat, Batu Pahat
5. Abdul Kahar Ismail, SMK Dato' Pengawa Barat, Pontian
6. Khairul Anwar  Mohamad, SMK Anjung Batu, Mersing
7. Rahmah Sayuti, SM Sains Sembrong, Kluang
8. Kamisah Mohd Napiah, SMK Taman Rinting 2, Johor Bahru
9. Hjh Shamsiah Shamsudib, SMK Munshi Ibrahim, Segamat
10. Lailatul Hasnani Abd Hamid, SMK Pekan Baru, Muar.



19 October, 2011

PROGRAM PASCA PENILAIAN MENENGAH RENDAH

Bandar Tenggara : 12 Oktober hingga 18 November 2011



Walau pun sukatan pelajaran sudah habis di ajar dan peperiksaan sudah diduduki namun pembelajaran masih tetap diteruskan. Pendidikan bukan sahaja berbentuk formal tetapi juga tidak berbentuk formal.

Justeru itu pelbagai program selepas Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang dirancang oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling menjurus kepada mengembangkan potensi diri dan bakat kepimpinan murid.

Sokongan yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah, guru kanan matapelajaran, ketua-ketua panitia dan guru-guru yang mengajar tingkatan tiga amat dihargai. Program-program yang dirancang dan dilaksanakan adalah berbentuk kerohanian, emosi, jasmani dan mental.



Setiausaha program PASCA, Pn Salmah Othman dan pembantunya, Tuan Hj Khairudin Abu Nawas yang merupakan guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini, telah mencadangkan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang enam minggu sebelum cuti persekolahan bermula.


    MINGGU PERTAMA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) oleh GPK Kokurikulum, Ahmad Survi.
2. Program Sayangi Daku oleh GPK HEM, Rashid Muhidin.
3. Program Restu Ilmu calon PMR dan SPM, bacaan yassin dan solat hajat.


    MINGGU KEDUA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Senamrobik oleh Khairulnizam Mohd Yusof.
2. Permainan tradisional oleh Saipi Halidin.
3. Indoor game oleh Abd Rahman Salleh.
4. Kursus penyembelihan - Khairulnizam Mohd Yusof
5. Pengucapan awam (public speaking) oleh Abd Rahman Salleh.
6. Motivasi oleh IKRAM.
bersama menyanyikan lagu kesedaran diri dalam sesi motivasi
bersama penceramah IKRAM, Jaysuman
     MINGGU KETIGA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Sukan dan permainan oleh Aidil Shamin Abd Razak dan Wahyu Ramayeni.
2. Indoor game oleh Anne Suraya Abd Hahim.
3. Kursus pengurusan jenazah oleh Norazana M.Arif
    CUTI DEEPAVALI

MINGGU KEEMPAT
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Pertandingan glider oleh Shahfudin Hussein.
2. Bengkel Pertandingan Roket - Azlina Abu Bakar.
3. Ceramah pemakanan halal.
4. Taklimat kemasukan ke SM Taknik dan Vokasional.
5. Tayangan video.
6. Pengisian kerohanian oleh panitia Pendidikan Islam

MINGGU KELIMA
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Pertandingan roket air oleh Azlina Abu Bakar
2. Sukan dan permainan. 
3. Indoor game.

MINGGU KEENAM
Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah
1. Cuti Sambutan Hari Raya Haji- 7 November 2011 (Ahad)
2. Cuti Peristiwa - 8 November 2011 (Isnin)
3. Pengisian kerohanian oleh panitia Pendidikan Islam.
4. Simulasi Haji dan Umrah.
5. Bacaan yassin dan tazkirah.
6. Majlis penutupan Program PASCA 2011.

16 October, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM 2011

BANDAR TENGGARA: 15 Oktober 2011


MUHAMAD AL-MU'IZZ BIN OMAR, KETUA MURID SMK BANDAR TENGGARA

Ketua Murid, Muhamad Al-Mu'izz Omar, penerima anugerah Perak ARPRM,  adalah salah seorang daripada 244 penerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2011 yang telah berlangsung di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Beliau ditemui berkata, selaku ketua murid, pembahagian masa adalah amat penting. Tumpuan yang perlu diberikan perhatian yang penuh ialah kepada pelajaran, kemudian pengurusan sekolah dan juga penglibatannya dalam aktiviti kokurikulum. Katanya lagi, saya mengambil kemahiran pengucapan awam dalam Program Anugerah Ramaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang dilaksanakan di sekolah ini. Bermula dari situlah saya, mendalami ilmu berkaitan dengan teknik pengucapan awam, cara meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menguasai perhatian para hadirin yang datang. Saya amat berbangga dengan bimbingan guru-guru di sekolah ini sebagai mentor.

Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum Tahun 2011 tersebut telah dirasmikan oleh wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dari Unit Pembangunan Sumber Manusia PPDKu. 
Seramai 450 orang pelajar dari sekolah ini telah turut serta dalam majlis gilang gemilang pada hari itu.  


Ketibaan PPDKu disambut dengan istiadat melayu dengan iringan bunga paha dan bunga manggar, serta paluan kompang yang memecah kesunyian pagi Sabtu. Selepas itu beliau disambut dengan upacara tabik hormat oleh lapan pasukan badan beruniform yang terdiri daripada Pasukan Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Renjer Puteri, Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, persembahan silat serta gamelan ketika berada di dalam Dewan Permata.. 

Turut hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu ialah Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Sidi Latih, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini, Mazlan Talib, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib, GPK Kokurikulum, Ahmad Survi, GPK Pendidikan Khas, Ruhaizad Hj Redwan, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Salmah Othman dan Guru Perpustakaan dan Media, Rohidah Othman.

Pengetua SMKBT, Banon SH Abdullah, dalam ucapannya beliau berkata majllis seperti ini amat penting kerana murid dan guru perlu diberikan pengikhtirafan kerana mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya menaikkan nama sekolah bermula dari peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah ada yang sampai ke peringkat antarabangsa.

Wakil rasmi PPD Kulai, Mansor Othman berterima kasih kepada pengetua, dan seluruh warga pendidik kerana berjaya merancang dan melaksanakan majlis gilang gemilang ini khususnya kepada murid dan guru. Beliau mewakuli PPDKu menerima sijil Anugerah ARPRM Sekolah Aktif Peringkat Negeri Johor Tahun 2011 dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
 

Penerima anugerah bersama tetamu.

Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan
Sidi Latih diberikan penerangan oleh pengetua  sewaktu berkunjung ke tapak pameran Pendidikan Khas.