MENU UTAMA

27 September, 2011

BENGKEL JURULATIH UTAMA PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH NEGERI JOHOR

Dewan Dato' Onn, SMK Laksamana, Kota Tinggi

Kota Tinggi - Bengkel Jurulatih Utama Penilaian Kokurikulum telah diadakan di SMK Laksamana, Kota Tinggi Johor. Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor,Tuan Haji Kamarudin Mohd Tahir, dalam ucaptamanya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran peserta bengkel dari daerah Kota Tinggi, Kulaijaya, Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Turut hadir dalam bengkel tersebut itu ialah Penyelaras Kokurikulum, En Azmi Abu dan Pengerusi Perhubungan Kokurikulum daerah Kota Tinggi.

Matlamat:
Menjadikan kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan serta Sukan/Permainan menjadi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penilaian 10% penilaian kokurikulum.

Objektif:
1. Melahirkan Jurulatih Utama Penilaian 10% Markah Kokurikulum di peringkat daerah masing-masing.
2. Peserta bengkel boleh menjadi pakar rujuk kepada perkara-perkara yang berbangkit mengenai penilaian kokurikulum.
3. Menyeragamkan kaedah penilaiann untuk dokumen rasmi pelajar bermula Tingkatan Satu.