MENU UTAMA

20 September, 2011

Mesyuarat Pengurusan - Anugerah Cemerlang Kokurikulum

Bandar Tenggara - 20 September 2011 Mesyuarat Khas
Satu Mesyuarat Khas diadakan pada hari ini, bertempat di Bilik Gerakan pada jam 11.00 pagi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengetua, Pn Hjh Banon Binti SH Abdullah. Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada GPK Pentadbiran, Pn Anim Binti Mohamed Jaib, GPK Hal Ehwal Murid, En Rashid Bin Muhidin, GPK Kokurikulum, En Ahmad Bin Survi, GPK Tingkatan 6, Pn Noraziah Binti Shafiee, GPK Pendidikan Khas, En Ruhaizad Bin Mohd Reduan, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Tn Hj Khairuddin Bin Abu Nawas, Pn Salmah Binti Othman, Guru Perpustakaan dan Media, Pn Rohidah Binti Othman.

Agenda Mesyuarat :-
1. Ucapan pengerusi majlis- Pengetua
2. Pembentangan minit curai Konvensyen ARPRM Peringkat Negeri Johor
3. Pembentangan Kertas Konsep Anugerah Cemerlang Kokurikulum.
4. Pembentangan keperluan kewangan.
5. Hal-hal lain.

KEPUTUSAN MESYUARAT

HARI ANUGERAH CEMERLANG KOKURIKULUM TAHUN 2011
TARIKH : 15 OKTOBER 2011
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI

SASARAN :
1. Penerima Anugerah Cemerlang Kokurikulum - 50 -60  (guru dan pelajar)
2. Penerima Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) PINGAT GANGSA - 156 peserta.
3. Penerima ARPRM. PINGAT PERAK - 31 peserta

Alumni 1974-1989 - Ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi

Bandar Tenggara-Tuan Haji Jasni Bin Omar, Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah menyampaikan cenderahati kepada bekas-bekas pelajar sekolah ini dari Tahun 1974 hingga 1989. Beliau juga merupakan bekas guru di sekolah ini, mengajar subjek Sejarah sebelum bertukar ke PPD Kulai.
Di sisi beliau ialah En Mansor Bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, wakil pengetua Pn Anim Binti Mohamed Jaib dan pengerusi ALUMNI 1974-1989.