MENU UTAMA

13 September, 2011

Johor Bahru, 6 September 2011 (Selasa) Jabatan Belia dan Sukan, Johor Bahru

Pemeriksaan Buku Pasport dan Diari Perak
Sejumlah 33 buah Buku Pasport dan Diari Perak dan 156 buku Gangsa telah diserahkan kepada  Jabatan Belia dan Sukan Johor Bahru, Wisma Persekutuan pada 6 September 2011 (Selasa) untuk dinilai oleh Badan Operasi Jabatan Belia dan Sukan, Johor Bahru. Majlis Pertauliahan Pingat Perak akan diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru, Johor. Manakala pertauliahan pingat Gangsa akan dilaksanakan di sekolah masing-masing. Tarikh dan masa pelaksanaannya adalah tertakluk kepada pengetua sekolah.

HARI TEMUDUGA
Tarikh : 12 September 2011
Tempat: Di  Bilik Seminar.
SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya

Proses temuduga itu telah pun dilaksanakan di Bilik Seminar pada 12 September 2011 pada jam 2.30 petang. Seramai 2 orang Pegawai Khas Unit Gaya Hidup dari Jabatan Belia dan Sukan telah hadir sebagai penemuduga dan meluluskan pertauliahan pingat Perak Tahun 2011.

Guru yang bertugas ialah En Khairulnizam bin Mohd Yusuf.
Seramai 29 peserta hadir pada petang tersebut. Manakala 5 orang peserta Perak sekarang ini telah berada di Universiti dan akan diberitahu kemudian.

PROSES PENYEMAKAN
BUKU GANGSA ARPRM TAHUN 2011
DI BILIK KOKURIKULUM

Kenangan bersama pelajar ARPRM Tahun 2011
Seminggu sebelum ditemuduga bagi semua peserta PERAK.

Perbarisan Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-54

Mesyuarat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Kulaijaya.