MENU UTAMA

04 July, 2011

Pertandingan Petanq Pendidikan Khas Kali Ke-2

Pertandingan Petanq Pendidikan Khas Peringkat daerah Kulaijaya
Kulaijaya - Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi kata Penolong Pegawai Pelajaran Pendidikan Khas Kulaijaya, Halim Perdana Kesuma Maarof dalam ucapan ringkasnya di Bilik Seminar, SMK Bandar Tenggara.

Pengerusi teknik pertandingan, Hasry Musatakim ditemui berkata, seramai 80 murid 26 guru dari 13 sekolah daerah ini telah terlibat. Peserta dibahagikan kepada 4 kategori mengikut keupayaan masing-masing iaitu masalah pembelajaran, pendengaran, Cerebral Palsi dan Down Sindrom. Sebanyak 8 gelanggang sementara telah dibina, 2 lagi gelanggang tetap yang diusahakan oleh pengerusi Koperasi SMK Bandar Tenggara KotaTinggi Berhad, Ruziah Marop ketika di bawah pimpinan pengetua Zainal Othman, pada tahun 2008.

Turut hadir dalam pertandingan itu Guru Kanan Pendidikan Khas, Khairani Hamdan, guru senior pendidikan khas Noraina Abd Samad.

_________________________________________________________
Keputusan Pertandingan :-
1.  BP (Masalah Pembelajaran) Lelaki Terbuka
     Pertama : SMK Bandar Tenggara
     Kedua    : SMK Kelapa Sawit
     Ketiga    : SMK Sultan Ibrahim
    
2.  BP (Masalah Pembelajaran) Perempuan Terbuka
     Pertama : SMK Kulai Besar
     Kedua    : SMK Kelapa Sawit
     Ketiga    : SMPK (V) Indahpura

3. CP (Celebral Palsi) Terbuka
    Pertama : SMPK (V) Indahpura
    Kedua    : SMK Kangkar Pulai
    Ketiga    : SMK Bandar Tenggara

4. DS (Down Sindrom) Terbuka
    Pertama : SMK Sultan Ibrahim
    Kedua    : SMK Kulai Besar
    Ketiga    : SMK Senai
_______________________________________________________

Penyertaan : 13 sekolah
1. SMK BANDAR TENGGARA
2. SMK SULTAN ALAUDIN
3. SM SULTAN IBRAHIM
4. SMK KULAI BESAR
5. SMK TAMAN PUTRI
6. SMK SENAI
7. SMK KANGKAR PULAI
8. SMPK (V) INDAHPURA
9. SMK KELAPA SAWIT
10. SK LKTP BUKIT BESAR
11. SK LKTP PASIR RAJA
12. SK FELDA INAS
13. SK LKTP PENGELI TIMUR

Majlis penutup akan disempurnakan oleh:-
En Halim Perdana Kesuma bin Maarof
Penolong PPD Pendidikan Khas
Daerah Kulaijaya

Tempat : Bilik Seminar

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia - serentak seluruh negara

2 Julai 2011 - Larian 1Murid 1Sukan 1 Malaysia

Kulaijaya- Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung pada awal pagi Sabtu, serentak seluruh Malaysia berjaya diadakan di SMK Bandar Tenggara. Seramai 613 pelajar terlibat dalam larian tersebut.

Ketua Balai Polis, Bandar Tenggara SI Yusof Muda mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan tahniah kepada pihak sekolah kerana kejayaannya  mengaturkan program tersebut. Selaku pegawai polis, aktiviti seperti ini membawa faedah kepada pelajar dari segi fizikal, emosi dan mental. Program sebegini merupakan satu usaha untuk mengelakkan gejala sosial yang dilakukan oleh sebilangan pelajar. Matlamat dan objektif sukan sudah jelas bahawa kegiatan yang sihat membawa satu impak yang baik kepada diri sendiri, keluarga, sekolah dan masyarakat.

Setiausaha sukan, Saipi Halidin dalam taklimat awal kepada guru dan pelajar. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia ini adalah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertujuan mengaplikasikan dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan pada tahun 2010.

Turut sama melancarkan larian tersebut ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Rashid Muhidin, Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Survi, Penyelaras Kokurikulum Tingkatan 6, Zolkeplee Jemadar, Penyelaras Sukan dan Permainan, Ahmad Nazri Selamat, Guru Tingkatan 6, Iskandarrani Mohamad.

Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-19

30 Jun 2011 - Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-19
                       Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-20

Naib Yang DiPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), SMK Bandar Tenggara, Mazlan Talib berterima kasih kerana diberikan kesempatan untuk berucap dan merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-19 Tahun 2011.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan sukan tahunan ini. Kepada peserta-peserta perbarisan rumah-rumah sukan, beliau sekali lagi amat kagum dengan semangat kesukanan telah berjaya menampilkan pelbagai aksi, gaya dan persembahan  yang begitu menarik semasa acara perbarisan dijalankan.

Harapan beliau, generasi muda yang ada ini akan meneruskan kecemerlangan sukan sehingga ke tahap yang lebih tinggi, mewakili sekolah, daerah, negeri, kebangsaan, negara dan kalau boleh sehingga ke peringkat antarabangsa.



Menyampaikan hadiah Johan Keseluruhan
Rumah Lekir muncul menjadi Johan keseluruhan dalam kejohanan kali ke-19 Tahun ini. Tahniah kepada Guru Penasihat rumah Lekir, Pn Hajjah Sawilah Mohd Auf, Ketua Rumah, Mohd Hasry Mustakim dan penolongnya, Pn Hjh Norazana Mohamad Arif. Kepada semua guru-guru dan atlit-atlit dan ahli-ahli rumah Lekir diucapkan syabas dan tahniah sekali lagi. Anda juara dan kekalkan pada tahun-tahun akan datang.

Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang:-

LEKIR      - 11E 8P 6G
TUAH       -   6E 6P 8G
KASTURI -   5E 8P 5G
JEBAT      -   4E 4P 7G