MENU UTAMA

20 April, 2011

Kejohanan Silat Seni - SMK Kelapa Sawit Unggul

Kulaijaya, 19 April 2011  (Selasa)

SMK Kelapa Sawit telah muncul sebagai juara dalam keempat-empat acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Silat Seni Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah peringkat daerah, di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya. Abdul Jalil Karimin, mendahului kejuaraannya dalam kategori seni silat tari, diikuti oleh gandingan dua pesilat lain iaitu Mohammad Assyakirin Mohamed Kutty dan Zul Hisyam Amir dalam acara seni silat tempur putera, manakala kategori seni silat jurus wajib disandang oleh Muhammad Izzat Iqbal Mokhtar, Mohd Iqbal Haris Suria dan Mohd Saufiq Jamadi.

Khairul Nadzrah A. Rahman, SMK Sri Pinang, pula menjadi juara dalam acara seni silat tari puteri mengalahkan peserta dari SMK Kelapa Sawit dan Indahpura. Gandingan dua srikandi bersama Khairul Nutqiyah A.Rahman sekali lagi muncul sebagai juara dalam acara seni silat tempur puteri. Manakala SMK Kelapa Sawit sekali lagi mengungguli acara seni jurus wajib hasil gandingan Nur Amira Mohd Isa, Nur Diana Aqilah Zainoddin, Nur Ain Salleh dan Shahira Mohd Shari.
Adik Muhammad Fizani Izzudin, Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) Taman Kota Kulai 2, telah menjuarai acara seni silat tari putera dan seni silat tempur putera dimenangi oleh Nur Alif Najmi Suut dan Muhamad Nur Farhan Zaiday dari SK Kota Kulai 2. menewaskan pesaingnya dari SK Bandar Tenggara 2 dan SK Polis Kem. Kategori seni silat tari dan seni silat tempur puteri dari sekolah SK Taman Kota Kulai 2, sekali lagi muncul sebagai juara dalam kategori itu.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh penyelia PPD Kulaijaya, Rosli Hussin. Beliau mengucapkan tahniah kepada Ustaz A.Rahman Ismail, GPK Kokuriklum SMK Sri Pinang kerana telah mempelopori pertandingan seumpama ini semenjak tahun 1991 lagi. Seramai 76 orang pesilat dari sekolah-sekolah menengah dan rendah di Kulaijaya telah turut serta. Katanya lagi, seni silat adalah gerak tari seni beladiri masyarakat Melayu yang sangat unik, sewajarnya ianya dipelihara dan diteruskan untuk memastikan budaya bangsa kita tidak hilang dengan arus kemodenan. Terima kasih juga kepada para juri, jurulatih silat dan semua jawatankuasa yang telah terlibat.


SEKOLAH SEKOLAH TERLIBAT
SMK  INDAHPURA


SMK MUNSHI ABDULLAH

SMK BANDAR TENGGARA

PENGANJUR KEJOHANAN SENI SILAT
PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA
Ustaz A.Rahman Ismail, GPK Kokurikulum SMK Sri Pinang, adalah seorang guru silat dan telah menerajui serta mempelopori perkembangan seni silat di daerah Kulaijaya. Anak didik beliau telah mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, kini ada yang menjadi jurulatih utama di sekolah-sekolah rendah dan menengah di daerah Kulaijaya.

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN SILAT
SEKOLAH RENDAH




Aksi srikandi


Seni jurus wajib (puteri)

Aksi pendekar

Aksi pesilat putera

17 April, 2011

Badminton MSSD Kulaijaya - Naib Juara L18 (beregu)


Pasukan badminton sekolah kategori L18 Tahun dalam acara beregu, telah berjaya menjadi naib juara dalam Kejohanan Badminton peringkat sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya yang telah diadakan pada 12 hingga 14 April 2011 di Dewan IOI Palm Villa Sports Centre Bandar Putera, 3 km dari pejabat pelajaran daerah Kulai.

Wan Saadah Wan Ahmad Tajudin, jurulatih bersama Ruhaiza Md Zain telah  memberitahu, satu lagi kejayaan sekolah ialah dalam acara regu kategori P15 Tahun, di mana kita hanya berjaya mendapat tempat ketiga.

Ucapan tahniah dan "good job" dari Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Anim Mohamed Jaib,  telah disampaikan melalui sms kepada GPK Kokurikulum, Ahmad Survi sebaik sahaja berita kejayaan pasukan sekolah diketahuinya.

Tahniah dan syabas kepada jurulatih utama Sukan Prestasi Tahap Tinggi Sekolah (SPTS), Zuraimi Hj Hamidun kerana membawa kejayaan ini dan tahniah di atas lantikkan beliau sebagai Pengerusi Teknik, Kejohanan Badminton MSS Daerah Kulaijaya tahun ini.

Terima kasih kepada penyelaras sukan dan permainan, Ahmad Nazri Selamat dan guru pengiring, Idris Yaman yang telah menyumbang tenaga, wang ringgit dan masa demi memastikan kejayaan pasukan badminton sekolah ini.

Pemain-pemain sekolah:
Kategori L18 :
1.
2.
Kategori P18 :
1.
2.

Kategori L15 :
1.
2.

Kategori P15 :
1.
2.

Sedang dikemaskinikan......

Pertandingan-pertandingan di peringkat Daerah Kulaijaya

Pasukan sepak takraw sekolah.

Pasukan badminton sekolah.
Sedang dikemaskinikan.......