MENU UTAMA

25 March, 2011

Kejohanan Bola Sepak L15 - SMK Bandar Putera Juara


Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya Azman Adnan (empat dari kiri) turut meraikan kegembiraan pasukan bola sepak L15 di atas kejayaan sekolahnya  menjadi juara dalam Kejohanan Bola Sepak pada 25 Mac 2011 di padang IOI Mall, Kulaijaya petang tadi.

SMK Bandar Tenggara dikecewakan oleh penyerang lincah Mohd Rizam Rostam, dan Ruzaini Abir dengan 2 jaringan pada separuh masa pertama.
Pasukan SMK Bandar Putera menguasai permainan pada separuh masa kedua, asakan pihak lawan seringkali dipatahkan oleh barisan pertahanan yang kental, dan serangan pada 5 minit terakhir oleh Mohd Rizam Rostam dapat menambah satu lagi jaringan. Akhirnya SMK Bandar Putra berjaya mengalahkan SMK Bandar Tenggara dengan 3-0.
Mohd Rizam Rostam (Jersey 12), dan Ruzaini Abir (6).

Penyokong-penyokong SMK Bandar Putera.

Pengerusi teknik bola sepak daerah Kulaijaya, Abu Samah Osman (kiri) ditemui berkata pasukan SMKBP merupakan pasukan yang baik, bahagian pertahanan yang kental, bahagian tengah yang bergerak pantas, ditambah lagi dengan pemain-pemain di barisan hadapan yang licik, yang seringkali membuat cubaan gol, menggugat dan mencemaskan pihak lawan. Selain daripada itu, Nizam Tramiji merupakan jurulatih yang gigih, yang melatih pemain-pemainnya ketahap yang boleh membanggakan.


Abd Ghani Abas, turut tersenyum dengan kejayaan pasukannya.


_____________________________________________________
Separuh Akhir
Empat buah sekolah menengah yang berjaya ke pertandingan separuh akhir ialah SMK Bandar Tenggara (BT), SMK Sultan Ibrahim (SSI), SMK Bandar Putera (BP) dan SMK Kangkar Pulai (KP).


Penganjur pertandingan, Jafri Sikun ditemui berkata, BT telah mengalahkan SSI dengan jaringan 3-0 (*)  dan Bandar Putera mengalahkan KP 4-1. Pasukan yang menang dalam pertandingan ialah SMK Bandar Tenggara dan SMK Bandar Putera. Kedua pasukan itu akan bertemu pada pertandingan akhir di padang IOI Mall, Kulaijaya jam 4.00 petang.

Pengerusi teknik bola sepak daerah Kulaijaya, Abu Samah (tengah),  berbincang dengan pengurus pasukan BT Aidil Shamin Abd Razak dan pengurus SSI, Rohaizat Abd Rahim. Bersama-sama beliau ialah Abd Ghani Abas (kiri) dan Jafri Sikun, penganjur bersama dalam Kejohanan Bola Sepak MSSM daerah Kulaijaya Tahun 2011.


Urusetia kejohanan yang lain Zainuri Fauzi, Azli Mustafa, Razi Basri dan Shahrul Anuar Aris.




Keputusan separuh akhir (pagi 25 Mac 2011)
BT (3) vs SSI (0)
BP (4) vs KP (1)

Keputusan Suku Akhir (24 Mac 2011)

BT (3) vs KB (2)
BP (4) vs KS (0)
SSI (2) vs STARP (0)
KP (1) vs SSA (0)


Urusetia perlawanan petang semalam, Sahrul Anuar ditemui berkata, peringkat suku akhir BT mengalahkan SMK Kulai Besar (KB) 3-2, SMK Bandar Putera (BP) mengalahkan SMK Kelapa Sawit (KS) 4-0, SMK Sultan Ibrahim (SSI) mengalahkan SMK Tunku Abdul Rahman Putera (STARP) 2-0, dan SMK Kangkar Pulai (KP) mengalahkan SMK Sultan Alauddin (SSA) 1-0.

Pengadil utama: Ithnin Kaswethi (tengah), dibantu oleh Harizal Hashim
dan Mohd Zulkifli Mahdi, bertugas semasa perlawanan di antara SMKBT daengan SMK Kulai Besar, Kulaijaya.


Pengadil utama: Mohd Karim Abu Bakar, dibantu oleh Asid Sabtu dan Azrul Izza dan Mohd Norhisham Zulkifli, perlawanan di antara SMKBT dengan SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya di padang MPKu.


Pengadil utama : Rahaizat HAmzah, dibantu Aidil Shamin Abd Razak dan Johan Nasir dalam perlawanan Kumpulan D di padang SMKBT 2, Bandar Tenggara.

24 March, 2011

Keputusan Kejohanan Bola Sepak L15 Kumpulan D

Pasukan bola L15 - SMK Bandar Tenggara

Kemenangan tiga kali dalam perlawanan secara liga telah melayakkan SMK Bandar Tenggara (BT)  muncul menjadi juara dalam kumpulan D. Pasukan sekolah ini telah mengalahkan SMK Sri Pinang (SP) dengan 3-1, SMK Bandar Tenggara 2 (BT2) 1-0 dan SMK Sultan Alauddin (SSA), Felda Bukit Besar 4-2.

Dalam perlawanan tersebut Ruzaimi Ahmad telah menjaringkan 2 gol, Faizal Yassin (2), Hafiz Arshid (1), Qamarul Syukri (1) dan Kamal Jefri (1).

Aidil Shamin Abd Razak, ditemui berkata kita akan menebus kekalahan pasukan bola sepak L18 dalam pertandingan liga sebelum ini. Hanya masuk ke peringkat suku akhir kalah dengan SMK Senai 1-3. Namun beliau begitu yakin pasukan bola sepak L15 akan bermain dengan penuh kesungguhan untuk memastikan juara tahun ini.

Harapan ketua pasukan, Ruzaimi Ahmad mengatakan bahawa pergi membawa nama sekolah dan kembali membawa piala kejuaraaan.

Pasukan BT (johan kumpulan D)dan SSA (naib johan) akan ke pertandingan suku akhir yang akan berlangsung di padang IOI Mall dan MPKu petang ini.  BT akan bertemu dengan SMK Kulai Besar manakala SSA akan bertemu SMK Kangkar Pulai. 

23 March, 2011

Mesyuarat Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kulaijaya

22 Mac 2011 - Di SMK Kota Kulai

MINIT CURAI
Nama mesyuarat : Mesyuarat Kawad Kaki Peringkat Daerah Kulaijaya.
Pengerusi Majlis : En Rosli bin Husin (Penyelia Kokurikulum PPD Kulai).
Tarikh : 22 Mac 2011/ Tempat : SMK Kota Kulai / Masa : 2.30 petang
Kehadiran : GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum

Agenda :-
1. Membincangkan dan membentangkan bidang tugas jawatankuasa Pertandingan  
   Kawad Kaki peringkat daerah Kulaijaya (hanya NGO dan KRS).
   Tempat : SMK Kota Kulai/ Tarikh : 21 April 2011 / Hari/Masa : Khamis 8.00 pagi –
   5.00 petang

   1.1 SMK Bandar Tenggara menjadi Jawatankuasa Kehakiman.
   1.2 Borang pendaftaran peserta hendaklah dihantar pada 14 April 2011, ke
        meja urusetia – SMK Taman Puteri.
   1.3 Perlantikan hakim dari sekolah-sekolah – 30 orang guru.

2. Pemberitahuan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Johor:-
    2.1 KRS (P) : 3 Mei 2011 di SMK Taman Kota Jaya, Kota Tinggi
    2.2 KRS (L) : 5 Mei 2011 di SM Agama, Segamat
    2.3 NGO (L) : 10 Mei 2011 di SMK Tan Sri Othman Saat (Bt. 34).
    2.4 NGO (P) : 12 Mei 2011 di SMK Anjung Batu, Mersing.

3. Pemberitahuan Pertandingan Silat Seni:-
   3.1 Peringkat Negeri : SMK Tasik Utara
   3.2 Peringkat Daerah Kulaijaya : SMK Bandar Tenggara (JK tempat pertandingan)

4. Hal lain:-
   a) Taklimat hakim akan diadakan di SMK Kota Kulai pada 14 April 2011 pada jam 
       2.30 petang.
   b) Penyertaan setakat hari ini, NGO (L) – 11 pasukan, NGO (P) – 13 pasukan dan
       KRS ( L) – 10 dan KRS (P) – 7 pasukan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh,
Ahmad b. Survi (abs)
GPK Kokurikulum.