22 JANUARI 2011
Pasukan Kadet Polis Putera dan Pasukan Kadet Polis Puteri telah mendahului Unit Beruniform lain dalam latihan kawad kaki bermula jam 9.00 pagi ini. Mohamad Faizam Hakim bin Ses, ketua platun Pasukan Kadet Polis (Putera) manakala Nurul Nadia Aliyah binti Hj Baharuddin ketua platun Pasukan Kadet Polis (Puteri) mengetuai pasukan masing-masing.
Pn Azlina binti Abu Bakar, Guru Penasihat Pasukan Kadet Polis sekolah ini mengingatkan ahli-ahli Kadet Polis untuk sentiasa bersedia setiap masa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir. Beliau juga mengingatkatkan ahli-ahli supaya berpakaian lengkap seperti mana yang termaktub dalam peraturan sekolah.
En Ahmad Survi, GPK Kokurikulum dalam pertemuan selama 30 minit di Dewan Permata, mengingatkan ahli-ahli Kadet Polis, bahawa aktiviti ini perlu direkod dalam buku kokurikulum. Beliau juga mengingkatkan murid bahawa latihan ini merupakan satu komponen kemahiran dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Ahli-ahli yang belum didaftarkan dikehendaki mengisi borang khas Rakan Muda.
Kehadiran seramai 55 orang ahli.
Majlis ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera", merupakan visi sekolah kami,"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara" menjadi misi kami, "Berilmu, Beramal dan Berbakti" moto sekolah kami,"Sekolahku Gemilang"- merupakan amalan dan pegangan kami. SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor Darul Takzim, Malaysia.
MENU UTAMA
▼
22 January, 2011
21 January, 2011
JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN 2011
21 JANUARI 2011
JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN - terkini.
JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN - terkini.
Sila buat komen jika ada.
emailkan kepada : ahmadsurvi@gmail.com
19 January, 2011
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN / KELAB / SUKAN / PERMAINAN
19 JANUARI 2011
Mesyuarat Agung persatuan dan kelab akan diadakan pada jam 2.30 - 3.30 petang hari ini, manakala sukan dan permainan dijalankan pada jam 3.30 - 5.00 petang.
AGENDA MESYUARAT AGUNG:-
1. Ucapan guru penasihat.
2. Perlantikan AJK
3. Membincangkan aktiviti tahun 2011.
4. Hal-hal lain.
Senarai nama AJK hendaklah diserahkan kepada En Idris Yaman, penyelaras persatuan/ kelab serta
En Ahmad Nazri Selamat, penyelaras sukan dan permainan.
Berikut adalah jadual mesyuarat dan lokasi mesyuarat.

SELAMAT BERCUTI
TAIPUSAM.
18 January, 2011
BADMINTON MENINGKATKAN UKHWAH
18 JANUARI 2011
Perlawanan persahabatan badminton di antara SMK Bandar Tenggara dengan SMK Sultan Alaudin, Felda Bukit Besar yang dijangka sengit pada hari ini akan berlangsung di Dewan Permata, jam 8.30 malam. En Zolkeple Jemadar, pengerusi Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan malam tadi berkata, perlawanan persahabatan ini adalah bertujuan untuk mengiratkan lagi hubungan siratulrahim yang sedia terjalin.
En Ahmad Nazri Selamat, penyelaras sukan dan permainan menaruh harapan yang tinggi terhadap penyertaan rakan-rakan dari kedua-dua sekolah dan mengamalkan gaya hidup sihat. Katanya lagi, menang kalah adat permainan.
En Zuraimi Hamidun, jurulatih SMK Bandar Tenggara, servis kilas menjadi senjata setiap pemain sekolah ini untuk memungut mata-demi mata dan menewaskan pihak lawan secara pantas.