MENU UTAMA

12 November, 2010

MESYUARAT AKHIR TAHUN 2010


Mesyuarat Akhir Tahun 2010 kali ini diadakan di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP), Bahagian Pendidikan Guru, Bandar Tenggara. Pengerusi mesyuarat ialah Pengetua, Zainal Othman.
Pengerusi Mesyuarat
En Zainal Othman
Salah satu agenda mesyuarat itu ialah ucapan tahniah kepada lima orang guru yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009. Guru-guru berkenaan ialah Pn Khairani Mahamad Kator, Pn Hasnah Kosnan., En Abd Razak Saat, En Saipi Halidin dan Pn Fadilah Ismail.

FUTSAL - Perlawanan persahabatan.

Perlawanan persahabatan Futsal di antara SMK Bandar Tenggara dan SMK Bandar Tenggara 2 telah berlangsung selama 2 hari. Pertama di gelanggang bersebelahan Balai Polis dan kedua di Taman Anggerik.
Perlawanan pertama berkesudahan SMKBT2 berjaya dengan jaringan 12 berbalas 8, manakala SMKBT menebus kekalahan itu dengan jaringan 11 berbalas 9. Namun begitu SMKBT2 mendahului 2 jaringan.

Pemain-pemain SMKBT terdiri daripada : Ahmad Survi (GPK Kokurikulum), Zolkeplee Jemadar, Aidil Shamin Abd Razak, Ahmad Nazri Selamat, Saipi Halidin, Rohim Abd Rahman, Mustaffa Yunus, Hasry Mustakim, Hamzah Rahman Soriat dan Saifullah Abd Wahab.

Pemain-pemain SMKBT2 terdiri daripada : Muhamad Soud Othman (GPK Kokurikulum), Mohd Fadli Saari, Mohd Shafie Md Diah, Mohd Hakimi Abd Rahman, Ustaz Zainal Abidin Mohd Don, Jodi Ahmad MokhtarNorsyanizan Seyajah dan Mohd Farhaizat Anuar.

Apa kata orang kuat Futsal ?.


SMKBT - Ahmad Nazri Selamat

SMKBT 2 - Ustaz Zainal Abidin Mohd Don