MENU UTAMA

07 October, 2010

ALTERNATIVE SPORTS OF KING?- Cycling Asia Megazine

Cycling Asia Megazine, issue 5 2010, Words Rosidi Picture Cycling Asia.

Muhamad Ikhmal Hisham b. Abd Rahim,
Presiden of Johor Bicycle Polo Association.




Sazali tried to stop the movement of Fuad as a best player in Malaysia. And Our teacher, Aidil Shamin Abd Razak followed from the back.

PROSTAR - Bimbingan & Kaunseling














Seramai 4 pelajar Tingkatan 6 Bawah (PraUniversiti) telah terpilih menyertai Pertandingan Best Practice Peringkat Daerah Kulai dan Kota Tinggi. Pertandingan ini diadakan di Dewan Besar, Bandar Mas, Kota Tinggi Johor pada 6 Oktober 2010.

Pasukan sekolah yang diketuai oleh Muhamad Al Mu'izz b. Omar (6B Delima)  Rakan sepasukannya ialah Mohd Azhar b. Sarib (6B Baiduri), Nurhayatti bte Mahmoda (6B Delima) dan Julia bte A. Rahim.

Guru pembimbing ialah En Shahfudin bin Hussin (tengah) ialah seorang guru matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Menurut Guru Bimbingan & Kaunseling, Tn Hj Khairuddin b. Abu Nawas, SMK Bandar Tenggara telah  berjaya menjadi Johan pertandingan itu dan akan mewakili daerah Kulaijaya ke pertandingan peringkat Negeri pada 16 Oktober 2010 di Johor Bahru. 

Kami warga SMK Bandar Tenggara turut berbangga di atas kejayaan itu. Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
GPK Pentadbiran, Puan Anim binti Mohamed Jaib turut serta memberikan semangat dan perangsang kepada peserta projek.

05 October, 2010

Murid Pendidikan Khas - Petanque


 

Murid Pendidikan Khas dibawah jurulatih En Mohd Hasry Mustakim telah beberapa kali memenangi pertandingan petanq dalam Karnival Sukan Permainan Tahun 2010 kata Penyelaras Sukan Permainan, En Ahmad Nazri bin Selamat.

















Aksi peserta PK sekolah ini dalam pertandingan petanq.














Padang permainan petanque dibina adalah hasil usaha daripada pihak Koperasi SMK Bandar Tenggara Berhad di bawah pengurusan Pn Hjh Ruziah binti Maarof dan Jawatankuasanya, En Zolkeplee b. Jemadar, En Mohd Pozi b. Kemin dan lain-lain.












Metro - Kongsi Kejayaan Sekolah

GPK Hal Ehwal Murid (HEM), Pn Hajjah Muzianah Sumrah menerima hadiah kemenangan sekolah dalam Skim Galakkan Simpanan Pelajar (SGSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) peringkat Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor.

















Ucapan tahniah dari seluruh warga SMK Bandar Tenggara kepada kepimpinan Pengetua, En Zainal Othman kerana telah menerima 2 anugerah daripada Bank Simpanan Nasional (BSN).
1. Skim Galakkan Simpanan.
2. Hadiah Biasiswa Simpanan BSN.
































Tahniah juga kepada pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan Skim Galakkan Simpanan Pelajar melalui Bank Simpanan Nasional.

04 October, 2010

Sinar Harian 3 Oktober 2010- Bidang katering dapat sambutan

Keratan surat khabar Sinar Harian.
Sinar Harian : Ahad | 03 Oktober 2010 | 24 Syawal 1431| Bil: 1480
oleh Norseha Suleiman

Seramai 49 pelajar SMK Bandar Tenggara mengambil bahagian dalam katering dan penyajian makanan ketika Majlis Sambutan Hari Raya anjuran Johor Corporation.

Guru mata pelajaran Vokasional dan Teknik, Katering dan Penyajian, Pn Mahani binti Parmin berkata, beliau berharap pelajar dapat menguasai teori dan praktikal kursus dengan cemerlang serta menafaatkan ilmu tersebut.

Harapan beliau kepada pelajar-pelajar SMK Bandar Tenggara agar mata pelajaran katering dan penyajian bukanlah sebagai pilihan terakhir tetapi npilihan utama mereka dalam menjana kejayaan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Pengurus Penyediaan Makanan dan Minuman The Pasific, Mohd Shaharin Sharif memberi harapan bahawa beliau akan hadir ke sekolah untuk memberi tunjuk ajar dan menganjurkan program Kerjaya Talk bagi membimbing mereka memilih kerjaya bersesuaian dengan kelayakan dan minat.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Guru Mata Pelajaran Katering dan Penyajian, Pn Mahani binti Parmin Guru Bimbingan Kaunselor,Pn Salmah binti Othman, GPK Kokurikulum Ahmad bin Survi.