MENU UTAMA

16 August, 2010

Majlis Berbuka Puasa SPRM Johor Bersama Masyarakat Setempat Bandar Tenggara

Murid-murid Tingkatan Lima SMK Bandar Tenggara berasa amat bertuah dan berbangga apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Husna Bandar Tenggara bagi meraikan mereka yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini. Turut menjayakan program tersebut ialah Lembaga Kemajuan Bandar Tenggara (KEJORA), Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Bandar Tenggara (JKKMBT)  dan jawatankuasa Masjid Al-Husna Bandar Tenggara.

Walau pun hujan lebat bermula pada jam 2.00 petang. Tidak mematahkan semangat calon-calon SPM untuk menghadiri majlis yang penuh bermakna buat mereka. Ibu bapa calon SPM juga hadir pada hari ini.

Majlis yang telah diatur oleh Puan Hajjah Fadzilah Karjah (SPRM Johor) bersama pengurusan SMK Bandar Tenggara telah dirancangkan seminggu sebelum majlis berlangsung kata Hamzah Rahman bin Soriat selaku penyelaras program. Matlamat utama majlis ini diadakan ialah untuk mendekatkan diri ahli-ahli SPRM kepada masyarakat setempat yang tinggal di luar bandar. Khususnya calon-calon SPM dan ibu bapa masyarakat setempat di sini.
.
Tentatif program:-
6.00 petang - Bacaan Yassin dan Tahlil.
                   - Ucapan TPJ Simi Abdul Ghani (Pengarah SPRM) Johor.
                   - Berbuka puasa.
                   - Solat Maghrib.
                   - Majlis ramah mesra dan jamuan ringan. 


 Tuan Haji Azmi bin Hj Alias, Timbalan Pesuruhjaya SPRM Johor berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al Husna, Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En Rahman Mori, wakil Pengurus KEJORA, Tn Hj Amir bin Kasman, Naib Pengerusi JKKMBT merangkap Timbalan Pengerusi Masjid Al Husna, En Mansor bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Tuan Hj Muslihin Subuhi, Imam Besar Masjid, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Tuan Haji Baharudin bin Md Sham serta Pengetua SMK Bandar Tenggara, En Zainal bin Othman.

Majlis itu telah dipengerusikan oleh Ustaz Ab Rahim bin Arshad.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia diambilalih oleh SPRM. Ketua pesuruhjaya SPRM terkini adalah Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan. [1] Akan tetapi beliau telah mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatan beliau yang sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.[2] Ekoran daripada itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan jawatan beliau diambil alih oleh timbalannya, Datuk Abu Kassim Mohamed.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan


Kerjasama antara Bidang Sains Sosial dan Kemasyarakatan serta Panitia Sejarah Sekolah ini di bawah pimpinan Iskandarrani Mohamad dan Rohidah Othman serta jawatankuasanya telah berjaya menyahut seruan kerajaan apabila berjaya membuat Pelancaran Bulan Kemerdekaan di Dewan Permata pagi ini.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh En Zainal bin Othman, Pengetua SMK Bandar Tenggara diiringi oleh Puan Hajjah Muzayanah Sumrah, GPK Hal Ehwal Murid. Pelancaran itu disaksikan oleh 970 orang yang terdiri daripada murid, pelajar dan guru-guru sekolah ini.
Tentatif Program:-
7.20 pagi - Guru dan pelajar berhimpun di Dewan Permata
               - Nyanyian Lagu Negeri Johor
               - Nyanyan Lagu Sekolah
               - Ikrar Pelajar
               - Bacaan Doa
               - Laporan guru bertugas
               - Ucapan GPK HEM
               - Ucapan dan Pelancaran Bulan Kemerdekaan
               - Nyanyian Lagu Jalur Gemilang
               - Nyanyian Lagu Satu Malaysia
               - Nyanyian Lagu Negaraku
8.50 pagi - Majlis ditamatkan dan pelajar ke kelas masing-masing untuk P/P.

"Tema Hari Kebangsaan Malaysia tahun 2010 ialah  1Malaysia Menjana Transformasi" kata pengetua. Dalam ucapannya, beliau juga menyeru kepada  warga sekolah tentang betapa pentingnya mengingati dan menghayati bulan kemerdekaan walaupun disambut pada bulan Ramadan tahun ini.Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini diiringi dengan paluan kompang oleh Pasukan Kompang Sekolah di bawah bimbingan Idris bin Yaman.
Nyanyian Lagu Jalur Gemilang dan Lagu Satu Malaysia


Penyelaras program Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Pn Rohidah Othman bersama GPK PraUniversiti SMK Bandar Tenggara